Wednesday, August 28, 2013

Aku Pencurik

Assalamualaikum wbt

Hari ni aku jadi "pencurik" pulak. Sebelum ni kan dah jadi gangster, so tambah lagi satu profession.

Kisahnya, aku pegi beli barang tadi, tuala, selipar dan lain-lain. Time bayar aku cakap tak nak plastik. Semua barang tu aku sumbat dalam beg galas aku. Lepas tu aku turun pegi bahagian supermarket, nak beli barang makanan sikit.

 Dah bayar, aku pun nak blah la. Scanner pulak bunyi. Dah tentu-tentu semua mata tengok aku. Datang la security ngan dia punya supervisor kot. Aku ni jenis suka simpan resit, aku tunjuk la aku dah bayar kat atas tadi. Dia nak juga periksa beg aku. Memang nampak macam pencurik betul la aku ni. Bila dah ambik beg aku, selongkar sikit jumpa la selipar yang tak dibuang hard tag dia.

Supervisor tu minta maaf, dia bagi satu goddie bag biskut munchy's sebab nak ambik hati. Cashier kat atas yang salah sebab tak buang tag tu. Hampeh. Tak pasal-pasal dilayan macam penjenayah.

Itu la apa yang jadi tadi. Menambah koleksi pengalaman sedia ada.


Sebelum pegi beli barang, aku pegi bank, bayar pinjaman pendidikan PTPTN buat kali pertama. Aku bayar kat kaunter bank Islam sebab aku nak simpan slip tu. Kena charge RM2. 

Foto: Google Image

1 comment:

akmall said...

naz: dikata pencurik pulak... gila la ang.. semua benda negatif.. takpa2.. ujian Allah.. hehehe