Friday, August 30, 2013

First Time

Assalamualaikum wbt..

Ni nak share 2 perkara yang first time berlaku pada aku.

Cerita 1

Minggu lepas aku cuba makan sushi. Tu la kali pertama makan. Dah lama teringin nak rasa, asyik tengok orang makan je. Aku beli paket yang paling kecik, takut tak habis nanti. Dalam paket tu ada 4 ketul yang besar dan 4 ketul yang kecik. Ada yang boleh diterima tekak, ada yang makan bagi habis takut membazir. Sebab sushi tak tahan lama. Aku lak takda tempat nak simpan.

Lebih kurang 2 jam lepas makan sushi, perut aku mula mencerut. Bunyi dan rasa macam nak cerry berry je. Tapi masih boleh kawal. Dekat nak balik kerja aku start rasa pening-pening, sakit kepala. Balik rumah bertambah pening. Terus mandi, rehat. Alhamdulillah esok tu lega.

Mungkin sebab kali pertama makan kot. Perut tak biasa. Ntah isyarat apa yang dihantar ke otak, takleh nak proses, jemmed, tu yang pening lalat. Lagipun sushi ni tak dimasak.

Aku google2, yang aku makan hari tu nama kappa maki (cucumber roll), tamago (egg), Ikura (salmon egg), amaebi (prawn).



Terliur tak?



Cerita 2

Hari ni buat kali pertama dalam hidup aku, aku tercicir wallet. Aku tak sedar wallet aku jatuh masa makan. Lepas makan, aku jalan-jalan, dekat nak masuk kerja baru aku sedar.

Pegi semula tempat makan tadi, ada sorang abang tu tengah pegang dan tengah tanya orang-orang dekat situ. Alhamdulillah jumpa semula wallet aku. Duit memang tak banyak, tapi kalau hilang memang leceh la. Kena wat report polis, call semua bank bagai.


Tu je la aku nak share ngan korang.

No comments: