Saturday, October 5, 2013

Aku Tergoda

Assalamualaikum wbt

Dah tak sempat nak tunggu cerah dah. Nak update malam ni jugak. Tadi lepas makan tengah, hari aku pergi la melawat kedai buku Popular. Niat di hati nak beli buku lain sebenarnya. Nak beli pun satu je.

Masuk, usya-usya, belek kiri, jenguk kanan. Tiba-tiba mata aku menangkap satu imej..biar betul, kataku pada diri sendiri.

Korang tengok ni...


Sebenarnya aku dah lama nak beli buku ni. Tapi ku tahan gelora di hati..sebab apa? Harga dia la. Harga asal adalah RM74.95. Tengok-tengok tadi ada great offer tinggal RM20.00 je. Tak pikir panjang dah, aku rembat terus. Gambar atas tu saja aku tak buka pembalut plastik tu sebab nak tunjuk harga kat korang. 


Ni aku dah buka pembalut dia. Ada 2 versi kalau tak silap aku buku pasal Bob ni. Cuma sedikit mengecewakan adalah takda gambar Bob pun kat dalam. Aku budget boleh la tengok aksi-aksi dia yang comel, kacak bergaya tu. Gambar cuma ada kat depan.


dan kat belakang. Apa-apa pun aku dah baca beberapa muka surat pertama, bahasa dia simple dan menarik. 

Selain buku Bob, aku sambar juga satu lagi buku. Harga asal buku ni pulak adalah RM 59.90. Setelah dipotong, tinggal RM12.00 je. Tengok tajuk macam best.


Ni masih dalam pembalut.


Ni aku dah buka pembalut. 

Tu je la aku nak kongsi. Mungkin ada yang kata kat Big Bad Wolf lagi murah dan lagi banyak buku best. Tapi nak buat macam mana, aku takda kesempatan lagi nak berkunjung ke sana. Setakat ni hanya mampu melawat Popular ngan MPH je.


Photo: Mine







2 comments:

Akmall Razlan said...

wahh.. gemoknya kucing tu!! geram tengok! buat lah review.. citer tu sal apa?

Naz said...

insyaAllah..coming soon

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...