Saturday, November 12, 2011

Blogwalking

Assalamualaikum wbt semua

Sebelum ni aku ada join kempen, dah lama tarikh tutupnye. Aku tak berkesempatan lagi nak melawat semua blog yang join kempen yang sama. So, 2,3 hari ni aku pun blogwalking la..

Apa yang boleh aku simpulkan kat sini adalah...sebelum blogwalking, sila mute/off sound laptop dulu..takut kes terkejut tiba-tiba da muzik. Aku ada juga la kena beberapa kali. Tak tahu la apa motif pasang lagu tu semua. Terpulang pada tuan punya blog la.

Pasang shoutbox yang kecik-kecik comel dah la kat tepi blog tu. Tak payah pasang yang besar gedabak kat tengah-tengah. Nak tunggu benda tu ke tepi satu hal plak.

Lagi satu, aku tak tahu macam mana diorang setting, bila kita tekan kat entry yang dulu-dulu kat list tu akan keluar tab baru. Tak loading pada tab yang sama. Dah kalau aku nak baca banyak entry dia yang dah lepas-lepas..berapa tab aku nak kena buka..dah jadi semak la pulak skrin aku. 

Tu je kot aku nak cakap pagi-pagi ni. Take care

1 comment:

IntaNBerliaN said...

a'aa betoi tu.. sy pun bila bw ada jumpa yg cam gini... mmg xsuka tau.. rosakkan mood nk bw je..