Thursday, November 10, 2011

Cerita Balik Kampung

Assalamualaikum wbt semua..

Macam aku penah tulis dalam entry sebelum ni, ada kawan sekelas nak ikut balik cuti kat kampung aku. Maka pada malam 3hb November 2011, berangkat lah aku dan kawan-kawan menuju ke Kedah.

Sampai kat stesen bas Kangar (saja turun kat perlis), ayah aku datang ambik. Memandangkan kami balik 2 hari sebelum raya haji, maka ada la kerja persiapan yang perlu dilakukan. Contohnya mengayam ketupat pulut dan juga hiris daging nak masak gulai.

Aku tak sempat nak bawa depa (mereka) pi jalan-jalan mana pun. Sibuk urusan kat rumah. Masa hari kedua raya tu bawa depa pi tengok orang sembelih lembu, sebab kawan teringin nak tengok. Malangnya tak sempat tengok time sembelih, masa sampai tu orang tengah lapah dah. Itu la akibatnya bila tidak menepati waktu. Lepas tu nak pegi market Jitra, ikut jalan Kodiang-Jitra, sebab member nak ambik gambar kat Wat Siam.

Masa kat market Jitra, jumpa buah delima. Member tak pernah tengok dan makan buah tu. So, beli la bagi dia rasa. Bila balik rumah, dia kata dia suka, sedap. Tu kali pertama dia makan buah delima. Petang tu bawa depa ronda kampung naik motor. Tapi tak lama, sebab nak hujan.

Buah Delima, menggoda kan warna merah dia.

Hari ketiga raya bawa depa pi cari belacan kat Sungai Baru. Belacan tu untuk kegunaan kenduri sunat anak kak long aku nanti. Lepas beli belacan, ayah berhenti kat tepi laut. Dia biar kami melepak dan bergambar kat situ. Puas melepak, kami balik dan singgah kat pasar pagi, orang kampung panggil 'nat'. Hari tu ada nat selasa kat Simpang Empat Perlis. Member siap borong jam tangan sorang satu. Wan kempunan laksa, tak sempat beli dah habis.

Petang tu ajak depa pi padang (bendang/sawah padi), kutip siput gondang. Siput ni bahaya sebab merosakkan anak-anak padi. Serangan dia memang agak serius. Kat kawasan kampung aku tu masih boleh tahan la. Depa cukup excited nak kutip siput tu. Geram depa kata. Petang isnin pun dah kutip sebenarnya, pastu nak ajak kutip lagi. Member cuba jugak turun dalam padang sebab tengok aku turun. Depa nak try rasa berjalan dalam lumpuq (lumpur). 

Hari rabu bawa depa pi nat rabu pulak. Dekat ja ngan rumah.  Aku beli seluar track (tertinggal kat kampung). Beli laksa kat depa. Lepas Zohor pi Jitra Mall sebab depa nak cari hadiah untuk kawan yang nak kawin tak lama lagi. Balik rehat sat petang tu. Malam tu dah bertolak balik ke Terengganu. Sampai pagi tadi.

Tu la serba sedikit aktiviti aku masa cuti aritu. Tak sempat nak ajaq depa mengail ikan, sebab ayaq banyak.

Foto: Google Image.

2 comments:

IntaNBerliaN said...

amboi... byk betoi aktiviti yer.. hihii saya duk umah n beraya umah kwn2, tu je time cuti br ni.. hihii

sharul izam said...

sudah follow...nice blog

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...