Tuesday, November 22, 2011

Bola Emas

Assalamualaikum wbt semua..

Alhamdulillah..seluruh rakyat Malaysia sudah pasti baru sahaja lepas bersorak gembira dengan kemenangan pasukan bola sepak negara meraih emas pada sukan SEA kali ni.

Pastinya malam ni dan esok blogger semua akan update entry pasal bola (termasuk aku). Perlawanan malam ni memang mendebarkan. Terima kasih pada pengadil yang cool. Pemain-pemain skuad bawah 23 telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, untuk merobek sayap garuda yang angkuh.

Tahniah skuad bawah 23, tahniah Ong Kim Swee, dan tahniah Malaysia. Walaupun kita mengutip banyak pingat emas dalam acara lain, emas bola sepak yang sentiasa dinantikan.

Dapat menyaksikan perlawanan dari awal hingga akhir cukup memuaskan. Tambahan dapat tengok sendiri secara live (di tv je) detik-detik kemenangan Malaysia di hadapan ribuan penyokong garuda. Memang berbaloi.

Masing-masing sakit tekak menjerit dan kebas tangan bertepuk. Gembira semua. Puas hati. Kesian Badrul asyik kena buli je. Fakri macam tak sihat je main. Asra menyuntik semangat. Muslim pertahanan terbaik. Khairul Fahmi maintain cool.

Malaysia Negaraku.

2 comments:

IntaNBerliaN said...

mmg mendebarkanlah.. senak perut berdbar2 punya pasal.. dah tau menang.. melompat la... syok.. hihii

Aidah said...

Akak sangat puas hati dapat tengok jugak. Alhamdulillah menang. Yang kelakarnya bila last penalty gol tu, bukan main kuat sorakan kat apartment akak ni. Siap neighbours dari block sebelah pun keluar kat balcony sambil kibarkan jalur gemilang. Sangat patriotik rasanya di hati.

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...