Monday, June 17, 2013

Ada Hati Konon..

Assalamualaikum wbt..

Mari aku ceritakan peristiwa pagi ni. Aku dapat surat panggilan temuduga dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau lebih glamour dengan panggilan SPA. Temuduga tu untuk jawatan Pegawai Imigresen Gred KP17.



Aku tengok dia punya syarat kelayakkan. Aku senyum je. Hehe.

Pada hari yang ditetapkan, iaitu hari ni aku pun pi la ke Wisma Persekutuan Negeri Kedah, tingkat 8. Kemain terperinci.

Tak ramai pun yang datang. Ada la lebih kurang dalam 20 orang gitu. Bila dia bagi nombor giliran, aku dapat nombor 4. Orang pertama masuk, bila keluar dia kata dia tak lulus bahagian penglihatan. Oh ya..diaorang buat ujian fizikal dan pancaindera dulu sebelum ditemuduga. Ujiannya adalah 1) tinggi, 2) berat 3) BMI, 4) ukur lilit dada (lelaki sahaja), 5) penglihatan 6) pendengaran 7) kawad .

Orang kedua masuk, tak lepas jugak. Sangkut kat bahagian kawad. Kaki bengkok katanya. Orang ketiga pulak tak lepas sebab melebihi had BMI yang ditetapkan.

Sebelum ujian fizikal bermula ada 2 orang tarik diri. Sorang sebab tak cukup tinggi, dan sorang lagi sebab rabun.

Sampai la giliran aku.


Hehe..korang boleh agak x gambar kat atas tu.. Hehe

Syarat tinggi bagi wanita adalah 153cm. Dan tinggi aku adalah 


151 cm

Hahahahahaha. Dari awal lagi aku tau memang tak lepas tinggi. Tapi saja nak masuk ujian jugak. Dah alang-alang pegi tempat tu kan. Berat ngan BMI okay je. Nak buat macam mana..takda rezeki.

Balik dari wisma tu sepupu aku ajak makan roti canai dulu. Masa kat kedai tu dia jumpa kawan dia. Orang tu tegur la. Salah satu soalan dia adalah, "sekolah lagi ke?"

Sepupu aku tolong jawapkan. "Takla, dah abih universiti pun". Orang tu sambung "ohh..ingatkan tingkatan 3"

Perghh..

Untuk pengetahuan korang, aku memang dianggap sebagai budak tingkatan 5 sepanjang masa oleh kebanyakkan orang. Jadi bayangkan berapa lama aku kena ambik SPM.Hehe. Walaupun hakikatnya aku ambik SPM 8 tahun lepas. 

Ada masa bertuah jadi orang tak cukup inci, ada masa macam tak berapa best. Tapi takpa, inilah diriku.

Cewahh.


Foto:Google Image





6 comments:

Nadhirah Ahmad said...

awet mudeee

meowwmania said...

hahahahha..takpe la ada rezeki lain nanti tuu

Aidah said...

Aisehmen...akak ingat ada gambar sebenar kat hujung citer. Tetiba tak dak pulak. Baru nak tengok kecomelan naz. Hehehe.

Akmall Razlan said...

baguih ang no.. ada gak temuduga.. hehehe

Ayuni said...

takpe, at least try, x try x tau....good luck in your future undertakings...

Naz said...

Nadhirah: Hehe..agaknya

Meowwmania: Ye..nnt ada la rezeki tempat lain

Aidah: Hehe..xcomel mana pun kak..saiz je kecik

Akmall: ada la jugak..ang pun ada lepas ni

Ayuni: Thanks kak Yuni

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...