Sunday, June 30, 2013

Meredah Hutan

Assalamualaikum wbt

Aku meredah hutan ? nak cari apa? sorang-sorang?

Takda maknanya. Haha.

Sebenarnya keluarga aku menerima jemputan untuk makan-makan kat dusun kepunyaan sepupu aku. Aku pergi tiga beranak je. Dah yang lain sibuk, dok jauh pulak.

Ramai jugak yang datang, campur saudara-mara dari keluarga sebelah suami sepupu aku. Masa sampai tu diaorang tengah kait buah manggis. Aku sangat suka buah ni. Buah durian takyah cakap la. Berlonggok-longgok. Sapa nak makan sila buka sendiri. Layan diri.

Berhenti sembang-sembang, makan sikit-sikit. Sambung pegi kait petai pulak. Banyak tangkai boleh, berkilo-kilo jugak la. Tapi petai orang tak jual kilo, orang kira papan.

Makanan ada macam-macam menu. Sampai tahap membazir aku rasa. Ada nasi bungkus, nasi lemak, pulut lemak, pisang goreng. Tu untuk sarapan pagi.

Menu tengah hari pulak ada nasi (ni paling penting), ikan cencaru + ikan kembung bakar, sotong bakar, kerang bakar (tapi banyak yg hangus), ulam petai bakar, yg fresh pun ada, sayur manis rebung+ ubi keledek, hati ayam masak kicap, sambal belacan, laksa, dan buah-buahan.

Gitu la menunya. Yang tak best sikit sebab sungai kecik, atau orang panggil "katoq" tu air sikit, paras betis je. Kalo banyak seronok la berendam bersama ikan-ikan kecik dalam tu.

Sebelah petang, sebelum balik, sempat la sambut ulangtahun kelahiran suami sepupu aku tu. Sambut birthday and potong kek dalam hutan tu. Hehe.

Bila balik, wajib la mengisi kereta dengan hasil-hasil dusun. Ayah ambik durian dan petai. Aku cari plastik isi manggis.

Pukul 6 lebih anak saudara (anak kepada sepupu aku yg kat alor setaq pulak) datang rumah dengan kawan-kawan dia. Jamu diaorang makan durian, tak tau la berapa biji. Semua minat durian. Diaorang datang lewat petang, jadi tak boleh nak bergambar sangat kat bendang, sebab hari dah nak gelap.

Sekarang ni anak padi dah paras pinggang, hijau sehijaunya. macam karpet.

Toleh kiri

Toleh kanan

Ni gambar tahun 2010, tapi pemandangannya sama je setiap kali musim padi. Bila tiba musim menuai, korang bayangkan pemandangannya jadi kaler kuning sejauh mata korang boleh tengok. Ni gambar dari belakang rumah je. 

Foto: Sendiri punya

No comments:

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...