Wednesday, June 26, 2013

Pagar Tumbang

Assalamualaikum wbt..

Hari Isnin yg lalu, balik dari kerja, aku stay rumah sepupu aku. Rumah taman. Aku tolak la pagar jenis sliding tu ke tepi sebab nak masuk kan. Ntah semangat pulak aku hari tu. Tertolak agak kuat sampai pagar tu melebihi had sepatutnya.

Lepas je tangan nak gi ambik motor.... Buuuum!!!

Sekali pagar tumbang la.  Adehhh..tak kena aku pun. kena pasu bunga kat tepi tu.

Tak senonoh sungguh. Nasib la ada orang kat rumah, sepupu aku ngan suami dia datang tolong angkat dan pasang semula. Nak angkat sorang memang tak la, pagar besi tu berat.

gambar hiasan

Bila dah jadi gitu, sepupu aku kata pagar tu memang dah pernah jatuh sebelum ni. Roda dan besi kat lantai tu lekat sikit je, lagi satu penampan belakang lak rendah sangat. Tu yang mudah jatuh. Mujur juga tak kena kereta diaorang. 

Maaf la ye Pn. Rokiah dan En. Khairul Jaafar


Foto: Google Image

No comments:

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...