Wednesday, June 26, 2013

Driver Mengong

Assalamualaikum wbt

Minggu lepas anak jiran aku kemalangan. Dia pulang dari tempat kerja, lalu depan stesen minyak. Datang sebuah kereta, potong motor dia dan terus belok. Memang tak sempat la nak break. Berlanggar, dia melambung. Mujur jatuh atas tanah. Kalo jatuh atas jalan raya yang keras tu, kena lak gilis ngan kenderaan lain, tak ke arwah budak tu?

Sebagai penunggang motorsikal, aku dah selalu jumpa pemandu-pemandu yang mengong ni. Dah tau dia nak belok kat simpang depan tu, apa salahnya kalo dia bersabar sekejap, slow dan follow belakang je. Kenapa yang potong jugak pastu break? Kadang-kadang belasah je belok sesuka hati.

Pikir la orang yang bawa motor ni. Jalan raya tu tak luas mana, bukan macam lebuhraya. Kadang-kadang kita sampai break rapat, hampir-hampir nak langgar dah. Bagi yang bawa motor laju lagi la tak sempat nak break.

Tak kan nak mengelak ke tengah dengan tiba-tiba je. Disambutnya kenderaan lain, parah kena langgar. Motor ni tayar dua je, tak stabil mana pun. Korang bawa kereta tayar empat, stabil tapi mengong.

Kalo ikutkan banyak benda aku nak tegur pasal pemanduan pemandu kereta ni.

Pesanan dari aku......


Foto: Edit sendiri guna PhotoScape

2 comments:

Aidah said...

Akak antara orang yang tak reti bawak motor, membonceng pulak takut. Rasa tak stabil je. Akak ni dah lah berat, tayar dua pulak tu kan. Hahaha.

Naz said...

Hehe..rugi akak tak naik moto..