Assalamualaikum wbt...
Ni update dari hospital. Tak panjang sangat kot sebab nak menaip huruf kecik-kecik kat tipon ni.
Aku tunggu mak kat wad hospital Tuanku Fauziah, Kangar. Nak buat pembedahan ganti kanta mata. Pukul 9 lebih nurse tolak mak ke bilik bedah. Aku escort la.
Pembedahan dijadual selama setengah jam saja, tapi jadi lama sebab ada kes kecemasan sorang makcik ni.
Dalam pukul 12 lebih makcik tu meninggal dunia. Dalam dok tunggu tu ada 2 orang baby selamat dilahirkan. Takziah dan Alhamdulillah pada keluarga yang berkenaan.
Pembedahan mak pulak kurang berjaya. Doktor cuma buang selaput je. Kanta tak boleh bubuh lagi sebab urat mata lemah. So kena bincang semula untuk next session.
So malam ni aku akan bermalam di wad. Ni kali kedua. First time masa arwah tok aku sakit dulu. Arwah pun dah 9 tahun takda.
InsyaAllah esok kalau takda masalah boleh discharge.
Sekian laporan dari hospital Kangaq..
Tuesday, November 19, 2013
Tuesday, November 12, 2013
Makcik
Assalamualaikum wbt..
Lama tak mengemaskinikan blog ni. Malas + takda idea.
Okay, semenjak ada tipon berkamera ni maka wajib la aku memenuhkan memory tipon tu dengan gambar kucing-kucing aku.
Malam ni aku nak kenalkan korang ngan Makcik, kucing paling senior kat rumah aku sekarang ni. Umur dia aku tak berapa pasti, anggaran kasar aku ada la dalam 10 tahun kot. Sebelum ni ada banyak kucing kaler oren (ginger) kat rumah, tapi sekarang tinggal Makcik je sekor-sekor.
Makcik ni kucing yang dikategorikan kecik comel. Nama asal dia Kechik, bila dah ramai anak, dia pun dah berumur tukar la jadi Makcik.
Biodata sikit:
Nama: Makcik aka Achik
Umur: 10 tahun (agak-agak je)
Jantina: Perempuan (hahaha)
Bulu: Ginger, semi long hair.
Perangai:

- Tak suka diganggu. ( Dia akan lari kalau ada yang kacau dia tengah berehat)
- Tak suka berebut makanan. (Dia akan biar yang lain makan dulu dan blah baru dia makan)
- Tak suka didukung. (Dia akan menggelupur. Kalau ngan aku dia bagi chance dalam 2,3 minit je, setakat nak ambik hati)
- Tak mesra ngan kucing kecik. (Ikut mood, kalau time mood elok boleh la kucing lain dok dekat, kalau bad mood tunggu la kena lempang.
- Malas jaga anak sendiri. (Dia tahu beranak je, mak aku yang jaga anak dia. Dia cuma bagi susu sampai anak dia boleh berjalan dan mula makan nasi. Pastu pandai-pandai la ko membesar sendiri. Kadang-kadang bersilat nak paksa dia susukan anak)
- Mendengar kata. (Bila aku panggil mesti datang punyalah)
- Jinak-jinak merpati. (Ikut mood dia, datang dekat gesel-gesel bila nak pegang dia lari)
- Pendiam. (Bunyi bila perlu je. Kalo panggil dia akan datang dekat. Kalo dia tak nak datang dia nyahut ngan ekor je.)
Aktiviti pagi-pagi. Mandi berjemaah. Konon rajin mandi, tapi taik mata dan taik hidung tak buang. Orang gak kena tolong cucikan.
Walaupun dah beranak banyak kali, badan tetap maintain. Takda hari korang nak tengok perut dia labuh ke lantai macam sesetengah kucing lain.
Kalau mood dia baik, dia masuk la tido ngan aku. Bila dia tido jangan la gatal-gatal kacau..kalo tak jap lagi dia lari.
close-up sikit muka dia tengah tido-tido ayam ni
Mandi lagi. Ekor dia pendek, almost takda. Bulu gebu, so tertutup la sikit bahagian sensitif tu.
Tengah melepak kat tingkap. Orang nak tutup tak bagi nyamuk masuk dia pulak sibuk nak tido kat situ.
Comel tak. Mata bulat. Susah nak ambik gambar dia sebab jenis tak reti duduk diam. Nak menjilat je.
Foto: Koleksi peribadi
Tuesday, October 22, 2013
Layan
Assalamualaikum wbt...
Tengah hari tadi aku pi tengok movie Cloudy with a Chance of Meatballs 2. Citer ni dah lama release tapi aku tak berkesempatan nak pi tengok. Citer animation je aku layan sampai pi panggung. Tadi tengok citer 3 orang je. Aku dan seorang ayah yang bawa anak dia sekali. Kalo kat Jitra jangan harap la dia nak pasang kalo setakat 3 orang je.
Jalan cerita semestinya sambung dari cerita yang pertama dulu. Puas hati la tengok. Meriah ngan kaler macam -macam. Mewah ngan makanan sana sini. Kelakar bila buah dihias jadi haiwan.
Spider Cheeseburger bawa karakter sebagai anjing dan Giant Taco Supreme jadi mama buaya.

Beberapa contoh foodimals (food + animals)
Photo: Google Image
Monday, October 21, 2013
Eksploitasi
Assalamualaikum wbt..
Hai semua..iklan amat berkait rapar dengan wanita. Korang setuju tak ngan kenyataan ni? Kebanyakkan iklan direka untuk memujuk dan mempengaruhi wanita. Di samping menggunakan wanita sebagai pelaris barangan.
Eksploitasi ni jadi bila wanita digambarkan dengan keadaan yang melebih-lebih atau "over". Kadang-kadang takda kena-mengena pun ngan barang yang nak dijual tu.
Sebagai contoh, korang tengok gambar yang aku snap kat sebuah kedai kasut dalam sebuah pasar raya.

Iklan ni nak promosikan kasut sebenarnya. Tapi kenapa mesti model tu digambarkan sedemikian rupa. Nak pakai kasut pun kena selak kain sampai macam tu ke?
Ni la rupa salah satu iklan yang mengeksploitasi wanita. Tapi aku rasa model tu tak kisah pun walaupun gambar dia terpampang besar kat dinding kedai tu. Tak payah la aku tak blurkan tempat tertentu sebab memang semua orang yang masuk psar raya tu dah tengok gambar ni .
Iklan jam tangan pun kadang-kadang macam ni jugak. Nak jual jam tangan je, tapi model tu kemain seksi, posing menggoda lagi.
Ingat apa? bila pelanggan sarung kasut tu kat kaki terus jadi comel macam anak patung ke.
Ni la budaya yang diamalkan Barat. Sengaja nak buat kita terima pemikiran serupa ngan depa. Nak kita anggap seksi, terdedah sana sini tu adalah perkara biasa.
Foto: Sendiri
Wednesday, October 16, 2013
Tuesday, October 15, 2013
Please La
Assalamualaikum wbt..
Mula-mula aku nak ucapkan Selamat Berkorban pada semua umat Islam. Dan selamat menunaikan ibadah haji pada yang berada di Tanah Suci.
Entri hari ni aku nak kongsi sedikit kesalahan bahasa. Hahaha..dah macam cikgu la pulak. Kita tengok dulu gambar yang aku tampal ni.

Versi English
Versi Bahasa Malaysia
Gambar ni aku ambik dari buku panduan pinjaman sebuah institusi kewangan. Buku tu disediakan dalam dwibahasa. Dalam gambar pertama, korang boleh nampak aku kotakkan perkataan "fees", dan aku rasa korang paham kan maksud dia. Fees = yuran/bayaran.
Gambar kedua pulak adalah terjemahannya. Tengok apa yang aku kotakkan. Diaorang guna "fi" untuk gantikan "fees". Sungguh malas orang yang buat buku panduan ni. Ataupun sekolah tak habis. Perkataan asas macam tu pun tak tau.
Sekarang ni aku perasan banyak terjemahan yang dilakukan sesuka hati. Suka ikut cara Indonesia terjemah. Apa masalah orang Malaysia ni? Susah sangat ka nak belek kamus sikit, tak pun tanya orang yang berpengetahuan dalam bidang alih bahasa.
Ok, aku berhenti kat sini dulu. Kalo tak nanti lagi panjang aku bebel.
Foto: Aku Punya.
Monday, October 14, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)
Long Sarah Meninggal Dunia
Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...
-
Assalamualaikum wbt.. Tonight the whole world will be celebrating Earth Hour for this year. We gonna show our concern and love to our belo...
-
Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah, masih berkesempatan update blog ni. Lega rasa selepas hantar draf pertama research report pagi tadi. ...
-
Assalamualaikum wbt.. To update my blog, I want to share with all of you about a cartoon series called 'Happy Tree Friends'. Looki...