Salam Sejahtera semua.
Nak kongsi sikit input ceramah yang aku dengar sebelum ni. Mula-mula nak tanya apa anggota tubuh badan manusia yang paling bahaya?
Eh, ada ka yang bahaya, setahu aku manusia takda duri, bisa atau sengat. Dah kalau macam tu kat mana bahayanya.
Jawapannya, anggota yang paling bahaya adalah lidah. Kenapa lidah ni bahaya sangat? Ustaz tu jawap sebab lidah ni tidak bertulang. Lembut sangat, sampai kadang-kadang tak ter'control'. Ramai yang binasa hanya disebabkan oleh lidah. Berapa banyak rumah tangga yang runtuh, negara yang bertelingkah, insan tak bersalah yang teraniaya dan macam-macam lagi.
Ustaz tu tambah lagi, betapa bahayanya lidah ni sampai Allah sediakan pagar untuk jaga lidah. Pagar? Hehe, gigi kita tu la. Mana ada anggota lain yang berpagar. Tak cukup dengan pagar je, Allah buat pintu lagi, iaitu bibir kita. Betapa nak jaga lidah kita tu dari cakap yang bukan-bukan. Masa mula-mula dengar macam lawak je. Tapi bila difikirkan, memang ada rasionalnya penerangan ustaz tu.
Dia kata cuba tengok budak-budak kecik, depa takda pagar (gigi) lagi sebab tak pandai nak cakap, dosa yang disebabkan lidah pun takda lagi. Tapi bila budak tu dah besar sikit, dah start belajar nak cakap, pagar pun mula tumbuh. Mmm..unik kan kejadian manusia.
Soalan kedua pulak, apa benda yang paling keras dalam tubuh badan manusia? Keras?.. Tulang la kan, sebab minum susu selalu. Haha..salah la. Jawapannya adalah hati. Bila pulak hati ni keras, bagi orang yang hati batu kot.
Secara lahiriah memang hati ni lembut dan lembik je. Tapi secara dalamannya, hati manusia ni "keras". Keras untuk menerima petunjuk dan nasihat. Berapa ramai yang telah diberi peringatan oleh ayat-ayat al-Quran tapi masih buat tak tahu? Berapa ramai yang hanya pentingkan perasaan sendiri hingga sanggup menyakiti orang lain?
Pepatah Melayu ada mengatakan "ikut rasa, binasa; ikut hati, mati". Pepatah orang dulu-dulu ni memang ada kebenarannya. Aku ingat lagi maksud ayat hafazan masa tingkatan 5, maksudnya, jika al-Quran diletakkan di atas gunung-ganang nescaya akan hancur gunung-ganang tersebut kerana takutkan kebesaran dan peringatan Allah. Tapi, apa yang berlaku pada hati manusia yang mendengar bacaan ayat al-Quran? Kadang-kadang macam curah air kat daun keladi je.
Mengapa digunakan perumpamaan antara gunung dan hati manusia? Ianya untuk menunjukkan betapa kerasnya hati kita. Secara logik, mesti la gunung-ganang yang besar tu lagi keras dan berat, hati kita kecik je, lembik pulak tu. Tapi itulah hakikatnya, hati kita lebih 'keras'.
Sekian info untuk dikongsi malam ni. Dah panjang ni. Nanti orang malas nak baca lak. Selamat berfikir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Long Sarah Meninggal Dunia
Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...
-
Assalamualaikum wbt.. To update my blog, I want to share with all of you about a cartoon series called 'Happy Tree Friends'. Looki...
-
Assalamualaikum wbt ... Hai semua. Entri pertama tahun 2020. Selamat tahun baru ye semua. Perubahan tahun sebenarnya tak banyak yang ber...
-
Assalamualaikum wbt.. Hi..I just finished watching "In Time" movie. The main performers are Justin Timberlake (Will Salas) and A...
No comments:
Post a Comment