Wednesday, October 24, 2012

Tak berdisiplin

Assalamualaikum wbt

Nak cerita kesengalan melayan kucing-kucing aku. Pada kawan-kawan yang membela makhluk berbulu comel ni mesti korang tau tahap manja mereka yang super melampau tu kan.

Pagi-pagi hari lagi kucing-kucing dah sarapan ngan mak aku, makan nasi pastu mencuci mulut dengan biskut diaekor. Pastu semua rehat-rehat, ada yang main-main.

Dalam masa tak sampai sejam lepas tu, bila diaekor nampak je muka aku, masing-masing bunyi, keliling kaki macam tak makan seminggu. Itu la perangai diaekor hari-hari.

Kalo dengan mak aku, minta makan sekali, pastu semua gi buat hal masing-masing. Tak ada yang mengada minta makan sampai la waktu tengah hari nanti.

Tapi kalo dengan aku. Ada la dalam 5, 6 kali minta makan dalam sehari. Yang tak tahan, masing-masing macam tak jumpa makanan seminggu. Selagi tak bagi, aku nak jalan, baring, duduk pun tak boleh.

Aku ada mengeluarkan dialog masa geram sangat dengan perangai diaekor.

Aku: Awat hangpa ni melampau sangat. Baru lepas makan, minta makan lagi. Tak kenyang-kenyang. Tak da disiplin langsung.

Dengan penuh hemat mak aku menyampuk.

Mak: Yang tak berdisiplin tu salah tuan dia. Manja sangat kucing-kucing tu.

Tak dapat aku menjawap. Aku jugak yang salah.Padahal diaekor yang mengada. Kadang-kadang geram sangat, ada yang kena sekeh ngan aku.

Nak makan..!!

Nak makan lagi..!!!

Nak lagi..lagi..lagi..!!

Foto: Google Image

6 comments:

akmall said...

Kiut!!!! kiut sangat!!! aku geram tengok kucing2 ni..

Knor said...

nampak garang2 kucingnya..kalau anak kak..awal2 lagi dah lari..takut kucing..

mamawana said...

Assalam,

Comel lorr...hihihi.. selamat berkenalan.. http://nurqasehbiz.blogspot.com/2012/10/bila-dia-makin-gediks.html

Naz said...

Thanks all

m4rilyn said...

dorang tahu sape yg dorang leh 'makan' :p

Naz said...

tepat sekali cik Marie