Assalamualaikum wbt..
Hari Rabu yg lepas kak aku balik kampung,
so hari Khamis tu aku gigih tak pegi kerja sebab nak keluar ronda-ronda ngan dia. Tak gi jauh mana pun, pi Jitra je.
Aku ajak dia main
bowling sebab dah lama tak pegang bola
bowling tu. Tapi dia tak mau dengan alasan takut penat nanti. Dia ajak aku tengok wayang. Ok lah. Kami tengok cerita Pacific Rim 2D.
Bagi aku jalan cerita dia simple, konflik pun sikit je. Teknik CGI dia cantik. Cerita pasal satu rekahan wujud kat lautan Pasifik. Melalui rekahan tu muncul la raksasa macam yang dok lawan ngan Ultraman tu. Depa panggil raksasa tu Keiju. Bukan sekor je, banyak. Saiz pulak bapak punya besar.
salah sekor keiju
Untuk lawan keiju ni, pihak tentera Amerika (sapa lagi yang nk jadi "penyelamat" dunia kan) dengan bantuan negara-negara lain telah membina robot gergasi. Korang boleh bayangkan sebagai robot
Transformers. Robot-robot yang dibina ni dipanggil jeager. Jaeger ni dikawal oleh 2 orang manusia. Diaorang duduk kat bahagian kepala robot tu. Untuk memudahkan kawalan, 2 orang tu kena kongsi memori.
Basically cerita dia pasal macam mana nak selamatkan bumi dari keiju dan nak tutup rekahan tu. Seronok la untuk korang habiskan masa bersama sapa-sapa.
Habis cerita tu, sebelum balik kak aku teringin nak makan kek la pulak. Pegi kedai kek, tengah dok belek-belek tu jumpa 2 biji kek. Nama sama, berat sama, tapi harga lain. Kami dok pikir la nape harga dia berbeza. Ada la beberapa benda yang lain, tapi macam "tak kan sebab tu kot".
Last sekali aku panggil pekerja kedai kek tu, yang nak taknak bangun untuk layan pelanggan.
Aku: Awat 2 kek ni harga lain-lain?
Pekerja: Owh..bentuk dia tak sama. Satu bulat, satu lagi bentuk
love.
Aku: Bentuk lain pun dah beza 4 ringgit. Ingatkan sebab bunga
icing lebih. (
part belakang tu aku kata dalam hati je).
Tu je la serba sedikit aktiviti hari Khamis yang lepas. Malam ni kak aku dah nak balik KL. Hari Khamis ni mula
training untuk kerja baru. Tapi maklumat pasal tempat tinggal, jalan nak pegi tu tak dihantar lagi. Adehh..kemain suruh aku pegi awal, tapi maklumat tak bagi. Asalnya kena lapor diri hari Isnin (esok), tapi aku minta tunda ke hari Khamis. Dah la tak biasa ngan Penang. Apa-apa pun Alhamdulillah rezeki Ramadan.
Shortlisted, pastu terus
confirm ambik aku kerja. Kena pi
training dulu 2 bulan, tapi tempoh tu
subject to change katanya. Bulan 9 mula kerja.
Foto: Google Image