Friday, July 12, 2013

Buat Tak Dengar Je..

Assalamualaikum wbt

Selamat berpuasa dan beribadat di bulan Ramadan ni kepada semua.

Petang tadi aku pegi hantar Nyet dan Apong ke rumah doktor haiwan. Esok diaekor akan dikasi. Dua-dua kucing betina, kalo biar nanti banyak pulak anak kucing, tak terjaga jadinya. Puteh dah mengandung, tak sempat nak bawa pi jumpa doktor.

Ayah aku tak berapa setuju aku bawa kucing pi kasi. Bukan la dia kata aku kejam ke apa. Tapi bagi dia aku ni sengaja membazirkan duit untuk kucing tu. Yelah kos nak kasi seekor kucing betina RM80. Kat kawasan sini la. Kat tempat lain ada harga yang lebih tinggi.

Selalu je dia komen kat mak aku. Tapi aku buat tak dengar je. Aku buat untuk kesejahteraan kucing tu jugak. Bukan saja seronok-seronok yang pegi bagi duit kat doktor yang jelas dah kaya tu.

Oh ya, aku hantar diaekor ke rumah doktor tu sendiri. Tak hantar kat klinik sebab nak tempah tarikh sikit punya lama. Dah penah pegi, pegi hari ni, dapat tarikh bulan depan. Selalu penuh. Harga sama je, cuma lebih cepat. yelah, doktor tu dah ada kemahiran kan. Kalo aku reti memang aku operate sendiri je diaekor tu.

Esok ajak ayah pegi ambik diaekor tu. Dengar hujung-hujung telinga macam tak mau pi. Aku serahkan tugas memujuk dan mentarbiah kat mak aku. Tunggu je la esok gane. Masa nak hantar senang, sebab aku dah beli raga berkelah tu, masukkan diaekor, ikat kat belakang motor je. Sekali tengok macam orang nak jual kuih je bulan-bulan posa ni. Tapi nak ambik bawa balik tu rumit sikit. Sebab diaekor tak sedar sepenuhnya lagi dari ubat bius tu, So tak leh nak sebarangan letak dalam raga.

Semoga esok berjalan dengan lancar.

3 comments:

akmall said...

salaam ramadhan, good luck!

meowwmania said...

ohh gitu ceritanya...tak pelah naz pelan-pelan mmg sesetengah org tua ni tak paham dan tak setuju dgn apa yg kita buat, membazir katanya kan..takpelah insyaAllah lama2 dia akan faham

tabah yer...don't give up

p/s: RM80 tu murah sangattttt kat sini 80 tu utk jantan yg betina gatus-gatus huhuu

Naz said...

Amall: TQ

Meowwmania: tu bru 80, kalo ratus2 mcm kt tmpat mummy gane reaksi dia agaknya..hehe