Tuesday, July 23, 2013

Hampir Berjaya

Assalamualaikum wbt...

Okay, masa kak aku balik hari tu, ayah ada beli ikan siakap. Mak kata besar sangat ikan tu. Dia nak buat sweet sour sekerat je. So, lagi sekerat nak buat apa dia tanya.

Aku jawap la buat masak steam. Pastu takda sapa pulak yang tahu cara nak buat. Dengan yakin aku kata " takpa, kita google je kat internet".

Bila google, aku cari cara masak yang paling senang. Aku salin bahan-bahan yang diperlukan. Pegi dapur, terus sediakan. Gigih aku potong cili, halia, bawang semua. Kak aku kata tak payah la excited sangat, baru pukul 10 pagi. Hahaha. Orang tak rajin masak gini la.

Tak ambik masa yang lama pun nak masak siakap steam ni. Komen bila dah berbuka, percubaan pertama ni 80% berjaya sebab tak rasa masin, kurang garam la tu. Ayah kata rasa masam dah okay. Tapi aku rasa ada benda yang tak cukup. Sebab tak rasa "kick" pun.

Dah la masa masak tu aku masukkan bahan tak ikut giliran yang betul. Orang baca kat part cara memasak, aku gi baca kat turutan bahan-bahan dia. Patut rasa pelik nape tomato masuk awal sangat. Pastu bila nak guna halia padahal air dah dimasukkan waktu tu.

Apa-apa pun juadah siakap steam tu habis, tak membazir. Nanti cuba lagi. Aku bukan jenis rajin masak. Kalau basuh pinggan aku okay.

gambar hiasan

Foto: Google image

1 comment:

akmall said...

bagus lah. masak2 nanti nak kawen.. heheh. aku? baju jahit sendiri? nanti lah... nati 20 an puasa baru aku post.. sekarang, tak surprise lah wehhhh...