Sunday, July 7, 2013

Annoying

Assalamualaikum wbt..

Korang pernah rasa sakit hati + menyampah tak? Omputih kata annoying. Mesti penah kan..walaupun sekali seumur hidup. Tapi aku bukan nak citer pasal manusia yang annoying atau aku rasa annoying kat sapa-sapa. 

Aku nak citer pasal kucing aku yang rasa annoying. Korang tak percaya kucing comel pun boleh rasa annoying? Korang sangat silap di situ. Sila rujuk pembela (yang jaga bukan yang pembela nusa dan bangsa tu) dan pencinta haiwan.  

Ceritanya bermula...

Kat luar rumah aku ada satu meja besar. Lebih kurang macam pangkin la. Ayah aku letak tepi dinding. Aku selalu bagi kucing aku makan atas tu. Kadang-kadang atas tu juga la diaekor melepak dan tido.

Makcik, kucing aku yang paling senior, selalu tido waktu tengah hari kat situ. Dari tengah hari sampai ke petang la kiranya. Nak dijadikan kisahnya, ada sekor ibu ayam bersama anak-anaknya datang berteduh di bawah pangkin tu jugak. 

Kalau nak rehat dan tido-tido ayam waktu tengah hari, silakan la, tak kisah pun. TETAPI...

Ibu ayam tu dan anak dia sekali telah membuat bising. Korang tau je la kan ayam macam mana..ke tak tau. Ayam ni suka bising. Kalau tidak tak wujud la peribahasa "telur sebiji riuh sekampung". Pengecualian pada ayam jantan yang berkokok, tu sebab dia nampak malaikat. 

Ayam bising kat bawah, Makcik tido kat atas. Macam mana? Tiada keserasian di situ. Dengan muka annoying nya, Makcik bangun, turun dari meja...dan dikejarnya ibu ayam tu. Berselerak lari. Dua, tiga kali kena ligan, ibu ayam tu dah tak tido bawah pangkin tu dah. Makcik pun boleh tido dengan aman.

Tengok, kucing pun sakit ati woo..nak pulak dikacau time dia tido. 

Moral: Jangan ganggu kucing yang sedang tido. Kalau dia ganggu korang tido, korang rasa gane?  

p/s: Korang tak rasa annoying kan baca citer ni? Kan..kan..hehe

2 comments:

Qema Amaya said...

hehe..kucing pon tau mara kena kaco wktu tido yek..

salam perkenalan dari mak kuceng. meow~

Naz said...

Jangan tak caye..hehe

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...