Assalamualaikum wbt semua.
Awat aku selalu bagi salam kat semua. Macam ada ja orang baca blog aku. Haha.
Aku kat opis ni. Boring la mai qeja tapi tak dak qeja. Pastu sekarang ni opis tengah buat renovation penyaman udara. Bayangkan mai opis tak dak qeja plus tak dak air-cond. Anggap ujian nak sambut posa je la.
Lagi 10 hari je lagi aku nak abih praktikal. Nampaknya aku hampir berjaya mengharungi latihan industri selama 3 bulan di Pulau Lagenda ni (berjaya ka?).
Aku akan berpuasa selama 15 hari (lebih kurang la) kat sini, pastu sambung balance kat kampung. Rindu 3 ekor kaum kerabat aku kat rumah tu.
[awat entri ni xberinformasi pun, Hahaha]
Just a piece of my boredom.
Sunday, July 31, 2011
Hilang Minat Aku
Assalamualaikum wbt semua...
Jap tadi aku join segment yg Luna Lanun buat. Segment menambah follower. Teringin nak ada follower banyak macam orang lain. Hahaha. Aku check tadi kat blog Luna, dia ada senaraikan blog-blog lain yang join segment ni. So, aku pun melawat la satu persatu. Tengah semangat nak tambah kawan blogger ni, tapi pastu hilang dah minat aku. Nape hilang lak semangat tu?
Sebab nye, ada blog yg aku lawat tu, dia punya bahasa aku pun tak paham. Dengan short form yg melampau-lampau, font yg menyeksa mata, ejaan ntah hapa-hapa. Tambah lagi dia pegi pasang widget iklan kat tengah2. Dah aku nak baca macam mana?. Kalau ye pun nak santai, jangan la sampai rosak bahasa.
Minta maap la banyak lak aku komen. Aku memang baru dalam dunia blog ni. Tapi aku nak juga komen. Memandangkan aku student bahasa, aku memang agak prihatin la dengan benda-benda berkaitan bahasa ni. Kadang-kadang rasa macam baru belajar mengeja je bila nak baca entri sesetengah blog tu.
Satu lagi, prinsip aku, aku follow blog based on entry. Kalau entri berinformasi dan bermanfaat, mampu membimbing dan menenangkan hati, serta membuka minda, Insya Allah aku akan follow.
Just a piece of my mind.

Saturday, July 30, 2011
SEGMENT MENAMBAH FOLLOWER: Saya Blogger Wanita
Assalamualaikum semua..
Ni baru nk blajar join segment. Link pun xbrapa pandai nak buat. Kena mintak tunjuk ajar orang dulu. I try my best. Hehe. Bukan apa, tengok follower orang lain banyak, jeles lak rasa.
Segment ni anjuran LunaLanun. Thanks sebab buat segment. Jom join segment ni.
Yang penting mencuba. Yeah. Semoga berjaya buat diriku sendiri.

Manfaat Tempayan Retak
Assalamualaikum wbt semua..
Hari ni nak share sikit info @ kisah yang aku ambik dari Majalah Solusi isu 33. Baru je beli kul 1.30 td. Kisah mengenai kelebihan atas ketidaksempurnaan kita. Enjoy reading.
Pada zaman dahulu, tinggal seorang lelaki yg menyara hidupnya dengan berkhidmat kepada sebuah keluarga bangsawan. Dia melakukan segala kerja di rumah; daripada membersihkan halaman, memandu kereta kuda, menjaga keselamatan keluarga tersebut, termasuk juga mengangkut air dari sungai berhampiran. Isterinya pula melakukan kerja-kerja dapur dan mengemas rumah.
Setiap hari, lelaki tersebut akan berulang-alik ke sungai, mengambil air bagi mengisi kolah di dalam rumah dengan mengandar dua buah tempayan. Malangnya, salah sebuah daripada tempayan itu sudah retak. Kesannya, air yang diangkut akan berkurang hampir separuh tempayan. Oleh itu, lelaki itu hanya mampu mengangkut air sebanyak satu setengah tempayan sahaja. Keadaan ini berlarutan selama setahun lebih.
Suatu hari, tempayan yg retak itu berasa sangat sedih. Diadukan rasa hatinya kepada lelaki itu.
"Maafkan saya kerana selama setahun lebih ini saya tidak mampu menjalankan peranan dengan baik. Saya rasa sangat sedih", kata tempayan penuh kesal.
"Kenapa kamu caka macam tu? Kenapa kamu sedih?" tanya lelaki itu.
"Aku sedih sebab aku hanya mampu mengangkut separuh sahaja air disebabkan fizikal aku yg tidak sempurna ini".
"Kamu jangan bersedih wahai tempayan. Dalam perjalanan balik ke rumah nanti, cuba kamu perhatikan di sebelah kanan jalan".
Lelaki itu mengangkut air seperti biasa dari sungai menuju ke rumah tuannya.
"Kamu sudah lihat di sebelah kanan jalan, bunga-bunga segar dan indah mekar di sepanjang jalan?" soal lelaki tersebut.
"Ya, aku nampak. Tapi keindahan bunga-bunga itu tidak mampu mengurangkan rasa sedih di hatiku", jawab tempayan yg retak.
"Kamu tahu wahai tempayan. Sejak aku tahu kamu telah retak sedikit, aku mula menanam pokok-pokok bunga itu. Kamu tahu siapa yg menyiramnya setiap hari?"
"Tentulah kamu".
"Tidak, kamulah yg menyiramnya. Air yg meleleh keluar itulah yg menyiram pokok-pokok itu selama ini. Kemudian aku akan petik bunga-bunga ini dan berikan kepada isteriku untuk dihias di rumah tuan kita. Walaupun kamu sebuah tempayan retak, tetapi kamu tetap ada sumbangan".
Barulah tempayan retak itu kembali ceria dan tidak lagi gundah walaupun ia hanya tempayan yang retak.
Moral: Setiap manusia tidak sempurna dan ada kelemahan masing-masing. Namun Allah tidak menciptakan kekurangan atau kecacatan itu dengan sia-sia. Pasti ada kelebihan dari sudut yg lain dan pasti mampu memberi manfaat dengan caranya yang tersendiri.
Bersyukurlah dengan keadaan kita.

Thursday, July 28, 2011
The Bridges
Assalamualaikum wbt semua..
Entri hari ni pasal jambatan-jambatan cantik dan mengagumkan yang tergantung di serata dunia. Enjoy the pictures.

Akashi Kobe, Jepun
Bixby, California
Brooklyn, New York
Chesapeake Bay, USA
Dhonghai, China
Coronado, Carlifornia
Erasmus, Netherlands
Fehman Belt, Denmark
Forth Railway, Scotland
Gateshead Millennium, UK
Golden Gate, California
Hussaini, Pakistan
Jadukata, India
Mackinaw, USA
Thomas Malone Covered Bridge, Ohio
The Millau Viaduct, France
New River Gorge, West Virginia
Cantik kan jambatan semua tu. Setiap satu ada nilai artistik dan komersil yang tersendiri. Aku kagum dengan arkitek dan semua yang terlibat dalam proses pembinaan setiap jambatan tu. Bukan senang nak bina benda yang besar, panjang dan cantik semua tu.
Subhanallah.
Friday, July 22, 2011
Frust Menonggeng
Assalamualaikum wbt semua...
Tengah sedih ni, tension, terkilan dan macam-macam lagi perasaan berbaur kesedihan. Sekarang dah kurang sikit semua perasaan tu. Tengah hari tadi memang tak tahu nak cakap macam mana rasa kecewa yang melanda. Bergenang air mata, nasib tak gugur je.
Koleksi video Detective Conan yang aku kumpul dari episod 200 sampai 600 hilang. Arrgghh. Entah apa silap aku, atau laptop ni yang bangang. Try search balik kat tong sampah pun tak dak jugak. Baru angan-angan nak pi beli DVD, nak burn semua tu. Tapi tak sempat. Sedih wooo. Sikit punya lama aku nak download semua tu.
Tu baru Conan, tak termasuk lagi koleksi National Geographic, Tutorial Photoshop, koleksi Instrumental dan Lagu-lagu. Luluh hati. Bayangkan lah, apa perasaan aku bila koleksi kartun yang kita minat lenyap dalam sekelip mata, tak dapat dikesan.
Nampaknya, aku tak dak pilihan lain, selain menyalah gunakan kemudahan wireless kat tempat keje minggu depan. Kena cover balik. Huh..selamat berjuang.

Saturday, July 16, 2011
Sunday, July 10, 2011
Malaysia Popular
Assalamualaikum wbt...
Dalam 2, 3 hari ini cover depan surat khabar mesti penuh pasal Perhimpunan Bersih 2.0 . Bukan takat 2, 3 hari ni je, sebelum ni pun dah berminggu-minggu wartawan buat liputan pasal benda ni. Semua orang tau perhimpunan ini dibuat sebab menuntut sistem pilihanraya yang lebih telus dan 'bersih' sebenarnya.
Cuma aku tak berapa nak paham kenapa sampai nak berarak dan berhimpunan bagaikan nak tengok konsert. Penuh jalan raya dengan manusia sampai jalan raya ditutup untuk laluan trafik. Lagi satu aku tak paham apa makna '2.0' kat belakang tu.
Bukan nak memihak mana-mana pihak yang terlibat tapi sekadar meluahkan pendapat. Bagi aku, semua pihak sama saja. Tidak akan berpuas hati dengan tindakan golongan yang mempunyai pegangan yang bertentangan. Kalau pembangkang hari ini tidak puas hati dengan cara pentadbiran kerajaan, tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku apabila pembangkang pula yang menjadi kerajaan pemerintah.
Masing-masing cuba menjatuhkan antara satu sama lain. Lumrah manusia.
Cuma nak ucapkan tahniah kepada sesiapa yang telah terlibat secara langsung dan juga tidak langsung dalam usaha untuk mempopularkan nama Malaysia di mata dunia. Tahniah. Malaysia yang aman akan semakin popular dengan perhimpunan jalanan yang begitu hebat. Kita semakin menyamai status dengan negara-negara Arab yang baru sahaja beberapa bulan lepas melakukan perkara yang sama.
Bagaikan tiada lagi ruang untuk perbincangan melainkan dengan cara berhimpunan di jalanan. Adakah terdapat suatu kepastian kemenangan akan berpihak kepada siapa ? Masing-masing bercatur dengan agenda sendiri. Entah siapa yang betul dan siapa yang salah?
Semoga keamanan Malaysia terpelihara. Semoga didamaikan hati-hati yang bersengketa. Amin.

Friday, July 8, 2011
Nape awk buat gitu..?
Awak tau tak yang saya suka awak. First time saya tengok awak, awak menarik sangat. Nak sangat kenal rapat ngan awak. Tapi status kita berbeza, xpa la, asalkan boleh tengok awak ada depan mata saya tiap ari pun dah cukup. Walaupun kita jarang cakap tapi saya sayang awak. Nak tengok awak sentiasa happy dan senyum.
Alhamdulillah, awak dikurniakan kecantikan semulajadi. Ramai yang suka awak. Bersusun orang beratur nak kenal ngan awak. Tambah lak awak ni pandai bergaya. Lagi la bertambah peminat awak. Boleh kata awak ni sedap mata memandang, sejuk hati tengok, hilang masalah dan letih bila jumpa.
Tapi saya sedih cikit bila teringat kat awak. Awak pandai bergaya, ada talent jadi model. Tapi nape awak boleh senang-senang je buka tudung awak bila bergambar. Kat tempat kerja awak pakai, tapi kat luar tak. Nape macam tu ? Awak cantik sangat bila pakai tudung awak yang macam-macam style tu.
Lagi satu, awak ni putih gebu. Memang menjadi pujaan ramai. Tapi nape awak suka pakai baju jarang. Saya tau badan awak putih, tapi takyah la tunjuk kat orang ramai. Sekali tengok memang berdebar rasa. Tapi lepas 2, 3 kali, saya rasa sedih. Senang sangat orang boleh tengok tubuh badan awak.
Memang saya takda hak nak komen cara hidup, cara awak berpakaian tapi sedih sebab awak ada depan mata saya dan saya tak boleh nak buat apa. Harap sangat awak akan sedar apa yang awak buat. Saya doakan kebahgiaan dan kesejahteraan awak. Sayang awak.
[Stolen Manuscript]

Nape awak buat gitu ??
[Stolen Manuscript]
Subscribe to:
Posts (Atom)
Long Sarah Meninggal Dunia
Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...
-
Assalamualaikum wbt.. To update my blog, I want to share with all of you about a cartoon series called 'Happy Tree Friends'. Looki...
-
Assalamualaikum wbt ... Hai semua. Entri pertama tahun 2020. Selamat tahun baru ye semua. Perubahan tahun sebenarnya tak banyak yang ber...
-
Assalamualaikum wbt.. Hi..I just finished watching "In Time" movie. The main performers are Justin Timberlake (Will Salas) and A...