Sunday, July 10, 2011

Malaysia Popular

Assalamualaikum wbt...

Dalam 2, 3 hari ini cover depan surat khabar mesti penuh pasal Perhimpunan Bersih 2.0 . Bukan takat 2, 3 hari ni je, sebelum ni pun dah berminggu-minggu wartawan buat liputan pasal benda ni. Semua orang tau perhimpunan ini dibuat sebab menuntut sistem pilihanraya yang lebih telus dan 'bersih' sebenarnya.

Cuma aku tak berapa nak paham kenapa sampai nak berarak dan berhimpunan bagaikan nak tengok konsert. Penuh jalan raya dengan manusia sampai jalan raya ditutup untuk laluan trafik. Lagi satu aku tak paham apa makna '2.0' kat belakang tu.

Bukan nak memihak mana-mana pihak yang terlibat tapi sekadar meluahkan pendapat. Bagi aku, semua pihak sama saja. Tidak akan berpuas hati dengan tindakan golongan yang mempunyai pegangan yang bertentangan. Kalau pembangkang hari ini tidak puas hati dengan cara pentadbiran kerajaan, tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku apabila pembangkang pula yang menjadi kerajaan pemerintah.

Masing-masing cuba menjatuhkan antara satu sama lain. Lumrah manusia.

Cuma nak ucapkan tahniah kepada sesiapa yang telah terlibat secara langsung dan juga tidak langsung dalam usaha untuk mempopularkan nama Malaysia di mata dunia. Tahniah. Malaysia yang aman akan semakin popular dengan perhimpunan jalanan yang begitu hebat. Kita semakin menyamai status dengan negara-negara Arab yang baru sahaja beberapa bulan lepas melakukan perkara yang sama.

Bagaikan tiada lagi ruang untuk perbincangan melainkan dengan cara berhimpunan di jalanan. Adakah terdapat suatu kepastian kemenangan akan berpihak kepada siapa ? Masing-masing bercatur dengan agenda sendiri. Entah siapa yang betul dan siapa yang salah?

Semoga keamanan Malaysia terpelihara. Semoga didamaikan hati-hati yang bersengketa. Amin.

No comments:

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...