Sunday, July 31, 2011

Hilang Minat Aku

Assalamualaikum wbt semua...

Jap tadi aku join segment yg Luna Lanun buat. Segment menambah follower. Teringin nak ada follower banyak macam orang lain. Hahaha. Aku check tadi kat blog Luna, dia ada senaraikan blog-blog lain yang join segment ni. So, aku pun melawat la satu persatu. Tengah semangat nak tambah kawan blogger ni, tapi pastu hilang dah minat aku. Nape hilang lak semangat tu?

Sebab nye, ada blog yg aku lawat tu, dia punya bahasa aku pun tak paham. Dengan short form yg melampau-lampau, font yg menyeksa mata, ejaan ntah hapa-hapa. Tambah lagi dia pegi pasang widget iklan kat tengah2. Dah aku nak baca macam mana?.  Kalau ye pun nak santai, jangan la sampai rosak bahasa.

Minta maap la banyak lak aku komen. Aku memang baru dalam dunia blog ni. Tapi aku nak juga komen. Memandangkan aku student bahasa, aku memang agak prihatin la dengan benda-benda berkaitan bahasa ni. Kadang-kadang rasa macam baru belajar mengeja je bila nak baca entri sesetengah blog tu.  

Satu lagi, prinsip aku, aku follow blog based on entry. Kalau entri berinformasi dan bermanfaat, mampu membimbing dan menenangkan hati, serta membuka minda, Insya Allah aku akan follow.

Just a piece of my mind.

2 comments:

Wahida said...

Don't worry sis, you are on the right track :)

Nazirah said...

Yup..just voice out my opinion