Saturday, July 30, 2011

Manfaat Tempayan Retak

Assalamualaikum wbt semua..

Hari ni nak share sikit info @ kisah yang aku ambik dari Majalah Solusi isu 33. Baru je beli kul 1.30 td. Kisah mengenai kelebihan atas ketidaksempurnaan kita. Enjoy reading.

   Pada zaman dahulu, tinggal seorang lelaki yg menyara hidupnya dengan berkhidmat kepada sebuah keluarga bangsawan. Dia melakukan segala kerja di rumah; daripada membersihkan halaman, memandu kereta kuda, menjaga keselamatan keluarga tersebut, termasuk juga mengangkut air dari sungai berhampiran. Isterinya pula melakukan kerja-kerja dapur dan mengemas rumah.

  Setiap hari, lelaki tersebut akan berulang-alik ke sungai, mengambil air bagi mengisi kolah di dalam rumah dengan mengandar dua buah tempayan. Malangnya, salah sebuah daripada tempayan itu sudah retak. Kesannya, air yang diangkut akan berkurang hampir separuh tempayan. Oleh itu, lelaki itu hanya mampu mengangkut air sebanyak satu setengah tempayan sahaja. Keadaan ini berlarutan selama setahun lebih.

   Suatu hari, tempayan yg retak itu berasa sangat sedih. Diadukan rasa hatinya kepada lelaki itu.

    "Maafkan saya kerana selama setahun lebih ini saya tidak mampu menjalankan peranan dengan baik. Saya rasa sangat sedih", kata tempayan penuh kesal.
    "Kenapa kamu caka macam tu? Kenapa kamu sedih?" tanya lelaki itu.
    "Aku sedih sebab aku hanya mampu mengangkut separuh sahaja air disebabkan fizikal aku yg tidak sempurna ini".
    "Kamu jangan bersedih wahai tempayan. Dalam perjalanan balik ke rumah nanti, cuba kamu perhatikan di sebelah kanan jalan".

   Lelaki itu mengangkut air seperti biasa dari sungai menuju ke rumah tuannya.

   "Kamu sudah lihat di sebelah kanan jalan, bunga-bunga segar dan indah mekar di sepanjang jalan?" soal lelaki tersebut.
   "Ya, aku nampak. Tapi keindahan bunga-bunga itu tidak mampu mengurangkan rasa sedih di hatiku", jawab tempayan yg retak.

   "Kamu tahu wahai tempayan. Sejak aku tahu kamu telah retak sedikit, aku mula menanam pokok-pokok bunga itu. Kamu tahu siapa yg menyiramnya setiap hari?"
   "Tentulah kamu".
   "Tidak, kamulah yg menyiramnya. Air yg meleleh keluar itulah yg menyiram pokok-pokok itu selama ini. Kemudian aku akan petik bunga-bunga ini dan berikan kepada isteriku untuk dihias di rumah tuan kita. Walaupun kamu sebuah tempayan retak, tetapi kamu tetap ada sumbangan".



   Barulah tempayan retak itu kembali ceria dan tidak lagi gundah walaupun ia hanya tempayan yang retak.

Moral: Setiap manusia tidak sempurna dan ada kelemahan masing-masing. Namun Allah tidak menciptakan kekurangan atau kecacatan itu dengan sia-sia. Pasti ada kelebihan dari sudut yg lain dan pasti mampu memberi manfaat dengan caranya yang tersendiri.

Bersyukurlah dengan keadaan kita.

No comments:

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...