Friday, July 8, 2011

Nape awk buat gitu..?

Awak tau tak yang saya suka awak. First time saya tengok awak, awak menarik sangat. Nak sangat kenal rapat ngan awak. Tapi status kita berbeza, xpa la, asalkan boleh tengok awak ada depan mata saya tiap ari pun dah cukup. Walaupun kita jarang cakap tapi saya sayang awak. Nak tengok awak sentiasa happy dan senyum.

Alhamdulillah, awak dikurniakan kecantikan semulajadi. Ramai yang suka awak. Bersusun orang beratur nak kenal ngan awak. Tambah lak awak ni pandai bergaya. Lagi la bertambah peminat awak. Boleh kata awak ni sedap mata memandang, sejuk hati tengok, hilang masalah dan letih bila jumpa.

Tapi saya sedih cikit bila teringat kat awak. Awak pandai bergaya, ada talent jadi model. Tapi nape awak boleh senang-senang je buka tudung awak bila bergambar. Kat tempat kerja awak pakai, tapi kat luar tak. Nape macam tu ? Awak cantik sangat bila pakai tudung awak yang macam-macam style tu.

Lagi satu, awak ni putih gebu. Memang menjadi pujaan ramai. Tapi nape awak suka pakai baju jarang. Saya tau badan awak putih, tapi takyah la tunjuk kat orang ramai. Sekali tengok memang berdebar rasa. Tapi lepas 2, 3 kali, saya rasa sedih. Senang sangat orang boleh tengok tubuh badan awak.

Memang saya takda hak nak komen cara hidup, cara awak berpakaian tapi sedih sebab awak ada depan mata saya dan saya tak boleh nak buat apa. Harap sangat awak akan sedar apa yang awak buat. Saya doakan kebahgiaan dan kesejahteraan awak. Sayang awak.

Nape awak buat gitu ??


[Stolen Manuscript]

No comments: