Friday, July 22, 2011

Frust Menonggeng

Assalamualaikum wbt semua...

Tengah sedih ni, tension, terkilan dan macam-macam lagi perasaan berbaur kesedihan. Sekarang dah kurang sikit semua perasaan tu. Tengah hari tadi memang tak tahu nak cakap macam mana rasa kecewa yang melanda. Bergenang air mata, nasib tak gugur je.

Koleksi video Detective Conan yang aku kumpul dari episod 200 sampai 600 hilang. Arrgghh. Entah apa silap aku, atau laptop ni yang bangang. Try search balik kat tong sampah pun tak dak jugak. Baru angan-angan nak pi beli DVD, nak burn semua tu. Tapi tak sempat. Sedih wooo. Sikit punya lama aku nak download semua tu.




Tu baru Conan, tak termasuk lagi koleksi National Geographic, Tutorial Photoshop, koleksi Instrumental dan Lagu-lagu. Luluh hati. Bayangkan lah, apa perasaan aku bila koleksi kartun yang kita minat lenyap dalam sekelip mata, tak dapat dikesan.

Nampaknya, aku tak dak pilihan lain, selain menyalah gunakan kemudahan wireless kat tempat keje minggu depan. Kena cover balik. Huh..selamat berjuang.

No comments: