Friday, October 21, 2011

Aku dan Kenangan

Assalamualaikum wbt semua...

Hari Jumaat ni aku tak pegi panjat bukit pun. Hehe. Tengok tajuk entry tu..sebenarnya dah lama aku nak buat entry macam ni. Nak buat siri kenangan aku dan kongsikan dengan sapa-sapa yang nak baca la.

Untuk siri pertama ni..aku nak citer pasal kenangan masa aku kecik-kecik dulu, aku tak ingat lak umur masa tu..tapi rasanya dah sekolah dah. Masa tu kat rumah aku ada beberapa ekor kucing. So aku ngan kak aku ambik la sorang satu. Kiranya kami jaga kucing masing-masing la.

Time tu jugak tengah hangat pasal ayam katik. Ayam yang kecik-kecik kaki pendek tu. Abang aku ada la bela..ibu ngan beberapa ekor anak dia. Nak dijadikan cerita..anak-anak ayam abang aku tu hilang sekor demi sekor. Abang aku memang syak kucing kami punya kerja. Tapi tak tau yang mana satu.

Sample sahaja. Tak ada kena mengena dengan kejadian.

Entah macam mana proses penyiasatannya, kucing hitam telah dituduh bersalah dan diusir dari rumah. Aku tak sedih sangat sebab bukan kucing aku. Namun, bak kata pepatah 'sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga' dan 'langit tidak selalunya cerah'..penjenayah sebenar telah dijumpai.

Penjenayah tersebut tidak dapat menahan keinginannya untuk membuat onar terhadap anak-anak ayam katik..dan telah silap membuat perhitungan di hadapan tuan punya ayam..iaitu abang aku. Dan penjenayah itu adalah kucing aku sendiri (tak ingat nama, sebab banyak sangat). Apa lagi..redha je la kucing tu kena buang. Kesian hitam sebab terpaksa menanggung kesalahan kucing aku.

Penjenayah ditangkap, bersama dengan bukti..hehe

Moralnya..sila fikir dan nilai keadaan di sekeliling sebelum bertindak (hehe). Buat jahat pandang-pandang.  

Foto: Google Image

6 comments:

baby said...

buat baik tenung-tenung...

Oh Oeya said...

Tergamak ker nak tangkap penjenayah giler comel cam tuuu.. heheh ;-)

Ada juga Abah bela ayam camni dulu.. Ayam Jepun Abah panggil :)

Nasz said...

menarik kenangan ni. hehehe. mak dan adik2 saya takut kucing. saya je suka kucing.

Asy Faro said...

salam kenal dari saya, Asy Faro.
setiap kali menulis entry d blog, target saya adalah untuk menceriakan dan mencuit hati sesiapa saja yang membaca. jadi saya nak ajak kamu usha blog saya untuk mengetahui kritikan dan pendapat kamu terhadap penulisan saya. be my follower is an extra bonus for me (if n only if u find my blog interesting) =D

SumeSakan said...

hahah cute benor jenayahnya....kesian yang x berdosa tuh...ekekeke

Nazirah said...

hehe..kucing dah jadi sebahagian dari hidup saya

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...