Friday, December 30, 2011

Kebas

Assalamualaikum wbt semua...

Apa habaq kawan-kawan semua? Sekarang ni aku jarang update sebab agak sibuk. Ni minggu ulangkaji sebenarnya, hari ahad ni dah start final. Even study week, aku ngan classmates still ada assignments yang nak kena buat, sabar je la.

Berhempas pulas buat semua, boleh la rehat kejap. Nak citernya, semalam, tangan kanan aku ntah kenapa rasa kebas. Sebelah kanan je. Dari tengah hari sampai ke malam aku tido, dan sampai sekarang aku tengah menaip ni. Ish, agak kerisauan.

Aku search kat google, tengok sebab-sebab tangan kebas. Jawapan yang aku dapat, mungkin disebabkan ada saraf yang cedera semasa melakukan aktiviti lasak (termasuk guna komputer), tanda-tanda awal stroke, kurang aliran darah dan lain-lain.

Hambik, dalam kes aku ni sebab apa agaknya. Musykil..

Selain masalah kekebasan ni, aku dah beberapa malam tido lewat. Sebab aku species yang tido awal sebenarnya, standard pukul 12. Tapi sebab banyak kerja,sekarang pukul 2 dan ke atas baru tido, tido je la tak lena pun. Nak tunggu lena ada lak dekat sejam. Macam mana aku tak tido lewat, masa pukul 8,9 tu tak ada idea, takda feel, takda semangat nak start kerja. Pukul 11 baru la meraba cari paper, buku, kamus segala.

Rasa macam panjang lak sem ni. Nak balik kampung, rehat, mengail ikan dan lepak ngan budak-budak gemok kat rumah. Mak kata masing-masing bela badan je.

** There are price to pay for your actions.

7 comments:

HUD AIKARA said...

baik pi cek kat doktor...mungkin terlalu letih kot..(^__^)

Aidah said...

Jangan risau sangat. Kadang2 bukan serius pun, mungkin kerana terlalu byk menaip dan buat keje kot. Kalau bertambah sakit tu, naz pi check doktor ya.

~~ZusUliYaiNi mAMaT~~ said...

sebelum tuh ad main game angry bird x?? lalalala

IntaNBerliaN said...

try la g jumpa doc.. sy pun xtau nape jd gitu..

btw, good luck ye utk final..

Naz said...

Terima kasih semua..mak kata maybe sebab angin..dah sapu minyak panas, insyaAllah xda apa2

tachi n poncho said...

mai kitorang tulun pijak2 blakg nak x anty naz???? lalalala~~~~~!

Naz said...

org sakit tangan la tachi&poncho..bukan belakang..hehe..

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...