Wednesday, February 8, 2012

Aku Kaya ??

Assalamualaikum wbt..

Malam-malam hari ni boring, aku saja-saja check spam mail..tau apa aku jumpa ???

Aku bakal mendapat kekayaan berjumlah 5.7 millions USD..kalau aku kurang cerdik dan tamak haloba.

Ada beberapa emel dari orang yang tidak dikenali, buat cerita sedih, minta tolong aku, pastu nanti diaorang akan bagi duit. Wahhh mudahnya..

Meh nak citer salah satu emel tu..sorang perempuan ni mengaku sebagai anak kepada seorang menteri di Sudan, family dia dah kena bunuh, ayah dia tinggalkan wasiat harta berjumlah 4.5 millions USD di sebuah bank di Burkina Faso ( ntah kat mana). Untuk ambik duit tu, dia kena bawa seorang individu yang boleh dipercayai (aku la tu). Bila dah boleh ambik duit tu, aku akan dapat 20%..lebih kurang 1 millions. Banyak kan.

Tu baru satu emel, aku dapat dalam 5 emel, ngan cerita yang lebih kurang serupa. Aku saja campurkan semua..tu yang jadi 5.7.millions USD tu. Hahaha..andainya hidup semudah itu. Macam senang je nak wasiatkan harta kat orang macam tu.

Memang aku takda duit, takda keje..tapi takda la sampai tahap kurang cerdik, gelap mata ngan angka-angka tu semua.

p/s: Dah tau tu emel spam, sapa suh check, pastu nak bebel lak.

8 comments:

m4rilyn said...

kadang2 tu virus...terus je BLOCK cam kita kerap buat :)

Aidah said...

Melambak e-mail cam tu, Naz. Akak ni pernah dapat surat. Tapi kononnya tah mana2 asal orang tu, saja letak negeri kecik2 kat Afrika tu. Kalau kena kat kita yang tahu ni tak pe lah. Kalau kena kat orang lurus bendul, camne?

GtHans said...

wahhhh..ingat kaya betul tadi..baru nak mintak derma..ekeke ;p

tachi n poncho said...

bagila kat ktorang sket..bleh p blanja makan ikan mahal kan kak kan kan

IntaNBerliaN said...

berlambak2 emel cam gitu... semakkan emel je kn..hihi

shahdiana said...

btoi...akak pun selalu dapat email camtu...boring la keje nak mendeletenya...caner leh masuk jugak kan...

Naz said...

mmg pun

Naz said...

tu la..ada la diaorang dpt emel kita dari mana-mana tu.