Tuesday, February 14, 2012

Pemergian

Assalamualaikum wbt

Petang tadi, lepas Asar..Bulat dah tak ada, meninggal dunia. Dia kena gilis masa ayah reverse kereta. Dia suka tido bawah kereta sebab sejuk. Sebelum ni kalau nak guna kereta, kami akan check ada sapa-sapa tak kat bawah kereta, tapi hari ni tak check.

Lepas ayah reverse, kak aku jerit.."adik, kucin ang kena tindih!!". Aku bangun, tengok dia tengah mengelupur. Tak boleh nak buat apa-apa. Tak sampai 5  minit pun dia dah diam. Dah menghembuskan nafas yang terakhir.

Tak sampai sejam sebelum kejadian, dia memang tido bawah kereta, dekat ngan tayar belakang, pastu dia bangun sebab nak poo and pee. Selesai urusan tu, dia sambung balik tido bawah kereta. Kami sempat gelakkan dia sebab masa  tu dia berak cair, siap dengan bunyi lagi.

Mak kata dah cukup syarat dia hidup, dah sampai janji dia. Dalam sekelip mata dia dah takda. Masa pegi KL tu, aku ada belikan tikus mainan..dia la paling excited main. Sampai guling-guling.

Sekarang dah takda budak gemuk yang tak penah kenyang, asyik makan je keje dia. Dah takda budak hyper yang selalu lompat sana-sini. Dah takda budak melampau yang selalu panjat belakang mak. Dah takda budak manja yang nak berkepit selalu. Dah takda budak yang suka jadikan roti, ikan dan daun sebagai bola mainan. Semua tu dah takda.

Aku kebumikan dia sorang-sorang. Sebelum kambus, aku buka kertas yang mak aku balut dia, aku usap bulu dia buat kali terakhir. Aku tengok dia macam cedera teruk kat kepala. Darah banyak.

Bulat adalah seekor kucin jantan yang belum sampai umur setahun, masih nakal dan aktif bermain, berbulu kembang, kaler oren pudar, ekor panjang dan kembang.

Tenang dia di sana.

4 comments:

GtHans said...

sabar yer Naz..betul kata mak tu..dah sampai janji dia..Bulat dah aman di sana..:(

m4rilyn said...

takziah Naz...Bulat dah kembali aktif di alam sana

nurpiska said...

tau x ape aq rasa, sedih giler! pelikkan, padahal bukan kucing aq.

fieda said...

sian Bulat..saya mmg sedih kalau bab2 kucing ni..