Sunday, February 26, 2012

Baq & Uih

Assalamualaikum wbt

Tajuk entri tu adalah nama kucing aku kat kampung. Yang sekor nama penuh dia Lebaq, yang bermaksud besar @ gemuk, nama manja Baq. Yang sekor lagi nama Kuruih, yang ber maksud kurus @ kecik, nama manja jadi Uih.

Depa dua beradik ni aku tak tau sapa adik, dan sapa abang. Nama tu bagi masa depa kecik-kecik dulu, la ni dah besaq kedua-dua. Uih pun dah tak kurus, Baq pun dah jaga badan. Hehe

Aku ajaq depa dua ni ngan panggil nama, dah tak buat bunyi macam dulu-dulu..(alaa, bunyi yang orang buat bila nak panggil kucing tu, nak eja pun aku tak reti.) Bila panggil nama, tunggu jap, pastu sampai la budak-budak ni kat kaki aku.

Ni gambar diaekor, kawan aku ambik aritu. Masa ni aku bawa diaekor pegi jalan kat batas sawah belakang rumah. Pokok padi baru nak tumbuh.



Dalam gambar tu, aku tak tau yang mana Uih dan yang mana Baq, nampak lebih kurang ja. Kalau kat luar nampak beza sebab bulu Uih kaler oren gelap, bulu Baq kaler oren lembut.

Sekarang ni depa yang berumur setahun lebih, dah besar, dah pandai cari gaduh, dah pandai jalan jauh-jauh. Tapi kalau aku balik, maintain je manja.

Uih lebih manja berbanding ngan Baq. Baq lak jenis independent. Baq lebih suka tidor sekor-sekor dia ja. Uih suka berkepit, tido ngan orang. Sekarang badan Uih lebih besar, bulu dia pun lebih kembang. Baq lak bulu nipis, nampak macam kurus, tapi body dia fit, boleh tahan berat.

Tu la kucing jantan dewasa kat rumah aku, setelah beberapa lama takda kucing jantan kat rumah. Adik-adik depa jantan gak : Kenit ngan Bulat (Bulat dah takda), pastu Makcik beranak lagi 3 ekor : 2 full oren macam diaekor (1 jantan, 1 betina), sekor oren campur putih (betina)


12 comments:

GtHans said...

cantiknya gambo tuuuu..(sambil muncung mulut) ;)

Liselle MonCherie said...

Comelnyaaa! Unik betul nama Baq ngan Uih.
Heheh Haluih ja XD

tachi n poncho said...

anak dara kami dua ekoq kem salam kat baq ngan uih...kuikuikui

m4rilyn said...

kacaknya diaekor tu.

Misty said: wa suke

Naz said...

Tengah bina badan dan reputasi nak jadi samseng kg yg hensem

Naz said...

Nada gatal je bunyinye..hehe

Naz said...

hehe..kampungku hijau permai

Naz said...

Biasa la..dialek utara..

Aidah said...

Wiii...akak suka tengok gambar kucing tu bercanda di tengah sawah. Walaupun pelik sebab 2 ekor tu jantan kan. Hahaha. Gambar tu sangat cantik serius Naz sebab contrast colour oren dan hijau tu. Akak sangat suka.

Naz said...

dua ekor tu memang manja sesama diaekor..gi sawah tu pun sebab diajak, nak harap diaekor pegi sendiri..sampai ke malam la jawapnya

shahdiana said...

geram tengok ekornya...

Naz said...

semua ekor panjang, dan kaler oren

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...