Tuesday, April 3, 2012

Aku dan Kenangan 5

Assalamualaikum wbt..

Dua, tiga hari lepas aku teringat kat kenangan ni, yang aku alami masa aku kecik dulu. Masa tu aku belum bersekolah. Kisahnya aku dan kucing memang tak dapat nak dipisahkan. Sejak aku kecik dah ada kucing kat rumah.

Kejadian ni takda dalam memori aku sebenarnya, tapi diceritakan semula oleh mak aku. Masa tu aku kecik. Aku main ngan kucing bersama kak aku. Main-main, kucing tu berlari dan panjat tingkap rumah. Masa tu rumah aku rumah atas. Bila aku nak tangkap, kucing tu terjun ke bawah.

Kak aku lari turun nak tangkap kucing tu. Yela sebab adik dia nak main kucing sangat. Aku pulak rendah masa tu, tingkap tu lebih tinggi. Gigih nak tengok kucing yang terjun, membuatkan aku panjat kat tingkap tu. Tingkap rumah kampung dulu-dulu ye. Macam daun pintu, takda pagar atau besi keselamatan. Open air.



Sambung citer semula. Mak aku cakap, sebaik saja kak aku sampai kat tempat kucing tu, aku pun sampai sama. Aku guna short cut. Terjun tingkap secara tak sengaja. Sebabnya bila panjat tingkap, kaki tak sampai ke lantai. Off balance and dive the air. Ketinggian tingkap dan tanah lebih kurang 10 kaki.



Jatuh dan mendarat secara terlentang. Mak aku cakap lagi, aku dah sengap (senyap) masa tu. Badan lembik. Mata dah putih. Mak aku gelabah. Memang la kan, anak dia. Dia tepuk-tepuk belakang aku. Dah jatuh kena tepuk lagi. Pastu aku sedar. Takda patah kat mana-mana.

Aku tak pasti ada effect tak aku jatuh tu. Tapi masa sekolah rendah, tulang rusuk aku selalu sakit. But, it's more neuro than bones matter. Sekarang Alhamdulillah, aku sihat.

Foto: Google Image

12 comments:

akmall said...

fuh...ganas ang masa kecik no..

Liselle MonCherie said...

Mujur x jadi apa2 huhu.
Alhamdulillah Skrg dah sihat :D
I'm a cat lover too^^

Naz said...

Kejadian di luar kawalan..hehe

Naz said...

Alhamdulillah I'm survive..hehe

Glad to hear that.

meowwmania said...

hoooo budak nakal ropenyeeee :D

GtHans said...

Alhamdulillah..:)

Naz said...

Alhamdulillah

Naz said...

Besa la..hehe

Aidah said...

Alhamdulillah selamat dan tak serius cedera. Rupa2nya Naz terer buat stunt jugak dulu ya. Biasalah kan. Zaman kecik2 yang tak makan saman. Hehehe.

UniMeOw said...

hah,,malaikat sambut kot tu..hehe

alhamdulillah la selamat...:)

Naz said...

bukan tahu pape pun..asal buat je ..hehe

Naz said...

Alhamdulillah