Assalamualaikum wbt..
Sekarang ni aku kat kampung, tengah cuti pertengahan semester. Aku balik hari Jumaat lepas. Selepas sampai di rumah, aktiviti pertama aku adalah membuat handmade cat bed. Aku ikut tutorial yang ditunjuk oleh Anis Squidward. Menjadi beb. Hehe.
Setakat ni sambutan cuma suam-suam kuku. Yelah, kucing aku semua outdoor, lasak dan berdikari. Kalau mengantuk nak tido, kat mana-mana pun boleh bergolek. Ada la Lebaq tidoq sat, pastu sambung tido atas simen, dia dah besa macam tu. Yang lain pun sama, tido kejap-kejap je. Takpa, benda baru la katakan.
Tadi aku pegi beli stok makanan diaekor. Beli smartheart 1.4kg, beli kibble utk kitten, ngan wetfood Pro Diet. Kalau aku balik makanan diaekor meriah la sikit dari selalu..hehe.
Dah 2 malam tidoq ngan Uih. Dia ni bila datang angin ngade dia memang menguji kesabaran. Kalau aku baring, dia akan datang dekat, pastu sibuk dan sungguh-sungguh korek bawah badan aku. Seolah-olah aku ada sembunyikan sesuatu. Nak bagi dia puas hati, masa dia tengah korek-korek tu, aku angkat badan bagi melengkung. Biar dia tengok apa yang ada bawah aku. Saja perangai dia ngada-ngada lebih.
Budak kecik 2 ekor tu takda nama. Aku malas pikir. Aku bagi nama Met (jantan) dan Mot (betina). Familiar tak ngan nama tu. Hahaha. Macam nama kucing Ery.
Kat kampung ni line low, so aku pun low profile la buat sementara waktu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Long Sarah Meninggal Dunia
Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...
-
Assalamualaikum wbt.. To update my blog, I want to share with all of you about a cartoon series called 'Happy Tree Friends'. Looki...
-
Assalamualaikum wbt ... Hai semua. Entri pertama tahun 2020. Selamat tahun baru ye semua. Perubahan tahun sebenarnya tak banyak yang ber...
-
Assalamualaikum wbt.. Hi..I just finished watching "In Time" movie. The main performers are Justin Timberlake (Will Salas) and A...
8 comments:
buat melengkung pastu bila dia masuk terus hempap. huhuhuhuu
seronokkan dpaat balik kg..hihiii... dptlah naz lpskan rindu dkt semua mow2 tu kan.. :-)
nanti upload gambor cat bed tu tau..ehehe
Naz ni sama macam anak akak, farah. Suka buat projek tempat tidur kucing tapi tak satu pun dilayan oleh Milo. Dia nak yang beli jugak. Dasar...
Lawaklah term diaekor tu. Hahaha. Selamat bercuti, Naz.
hehe..kadang2 buat jugak gitu..tapi takda la sampai hempap, mau koma Uih tu..hehe
IntaNBerliaN: memang seronok, boleh lepak ngan diaekor hari-hari.
GtHans: InsyaAllah akan diusaha kan..
Aidah: First time buat something utk diaekor, excited rasa. Taste Milo tinggi sgt tu. Mekasih kak
bebudak nonet kem salam dorang mintak cat bed huhuu...
suruh la mummy beli, mummy kaya tu..hehe..meh Kedah la kalau nak cat bed..
Post a Comment