Assalamualaikum wbt..
Ye, hari ni hari ulang tahun yg 24 aku dilahirkan ke dunia ni. Sedikit perasaan dan buah fikiran aku nak kongsi pasal ulang tahun ni.
Semalam, beralihnya tarikh kalendar Masihi, dari 19 ke 20. Ada satu rasa yang aku tak pasti kenapa aku rasa macam tu. Aku rasa sebak. Aku rasa sayu. Dada aku rasa berat, sarat, sesak. Air mata hangat mengalir ke telinga. Aku biarkan. Aku tertidur dengan mata yang basah.
Sejak kecil aku tak pernah diajar untuk menyambut ulangtahun kelahiran. Dan bila aku membesar, perkara tu jadi sebati, tiada yang istimewa. Dan bagi aku, tiada apa yang perlu disambut bila tibanya tarikh ulangtahun. Entah lah, bukan nak jadi lain dari orang lain, tapi tak nampak sebab untuk aku gembira sambut tarikh ni.
Tarikh ini hanyalah satu peringatan berapa lama aku dah dipinjamkan ke dunia, dipinjamkan nyawa, hidup dan segala nikmat yang tak terhitung. Selama 24 tahun aku hidup, apa yang telah aku buat, bermanfaatkah hidup aku? Cukup ka amal aku ? Berimankah aku ?
Aku hargai ucapan dari sahabat, kawan dan teman. Bukan hendak menidakkan atau menolak ingatan dari sesiapa pun, tapi rasa sedih lebih banyak menguasai aku. Aku mengharapkan kesedaran ini berpanjangan. Aku tak rela sesat setelah diberi petunjuk dan peringatan.
Setiap tahun usia bertambah...menghampiri penghujung hidup yang tiada siapa pun tahu bila masanya. Masih banyak yang perlu diubah, dibimbing, diajar dan dicari.
Alhamdulillah, 20 April tahun ni bersamaan hari Jumaat. Hari penuh keberkatan. Semoga perjalanan hidup aku juga diberkati Allah.
Saat aku menulis entri ini, mata aku kembali berkaca. Aku seperti menyambut ulangtahun ini dengan tangisan. Tapi aku control, sebab malu kat roomate.
Life must go on. Follow your heart. But don't left your mind.
Terma kasih Allah kerana masih panjangkan umur hamba mu ini, masih memberi peluang untuk aku memperbaiki diri. InsyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Long Sarah Meninggal Dunia
Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...
-
Assalamualaikum wbt.. To update my blog, I want to share with all of you about a cartoon series called 'Happy Tree Friends'. Looki...
-
Assalamualaikum wbt ... Hai semua. Entri pertama tahun 2020. Selamat tahun baru ye semua. Perubahan tahun sebenarnya tak banyak yang ber...
-
Assalamualaikum wbt.. Hi..I just finished watching "In Time" movie. The main performers are Justin Timberlake (Will Salas) and A...
8 comments:
Naz, selamat meraikan ulangtahun kelahiran. Yang lepas kita jadikan pedoman dan kompas untuk kita lalui jalan yang lebih lurus hingga ke syurga kelak, insyaAllah. Semoga Naz mencapai bahagia dunia dan akhirat ya dik, akak doakan.
happy birthday.. mg dikurniakan kesihatan yg baik n semoga kebhagiaan sentiasa mnjadi milik hakamah :-)
Slmt hari lahir Dik..:)
Akmall: Thanks to you too for supporting my blog
Aidah: Terima kasih akak. InysaAllah kita sama-sama mencapai kebahgiaan di dunia dan akhirat
IntanBerlian: Terima kasih.
GtHans: Terima kasih tatak
http://fashionfoodlovers.blogspot.com/2012/04/chocolate-raspberry-pavlova-by-nigella.html
try check lam spam..lau tak jumpa..hehehe
hepi birthday Naz!!
moga Naz sntiasa diberi kesihatan yg baik, amin..
happy belated birthday...
Meowwmania: Thanks
Ayuni: Thanks
Post a Comment