Wednesday, April 11, 2012

Uih Manja

Assalamualaikum wbt..

Selamat pagi semua. Hari ni cuti umum seluruh Malaysia, apa aktiviti korang..?
Hari ni pertabalan yang DiPertuan Agong. Aku sebagai rakyat Kedah, berbangga sebab Sultan Kedah akan ditabalkan menjadi Agong buat kali yang kedua. Sejarah baru dalam sistem Beraja kerajaan Malaysia. Tahniah Tuanku.

Entri ni aku nak cerita pasal Uih, si jantan yang manja tu. Sebelum ni aku ada bagitau kan yang kaki dia luka. Masa aku sampai hari tu, luka dia dah baik. Tapi dia masih jalan jengket-jengket. Jalan guna 3 kaki je. Aku belek la kaki dia, ada kesan gigitan kat sebelah dalam. Mak cakap dia tak perasan pun ada bekas gigit tu, so dia boh ubat kat tempat luka je la.

Betul-betul kat sendi kaki belakang dia tu bengkak sikit. Aku ambik minyak gamat, suruh mak urutkan kaki Uih, aku lak peluk dia. Kena peluk sebab mak kata dia tak bagi mak pegang kaki dia. Bila mak pegang dia gigit tangan mak.

Sementara mak urut tu, macam-macam la dia bebel. Kelupur macam kena sawan. Puas aku sembang ngan dia. Ngan aku dia tak gigit lak. Lepas 2, 3 kali urut, kaki dia dah boleh cecah lantai. Dah boleh jalan elok sikit. Saja dia mengada taknak diurut. Padahal kita nak bagi kaki dia baik cepat.

Masa entri ni ditulis, bilik aku sedang di tawan oleh budak-budak oren. 4 ekoq, kecuali Makcik. Ada yang tidoq, ada yang mandi, ada yang main.

p/s: Makcik suka cat bed tu. Tersengih aku sorang-sorang. Heee

4 comments:

m4rilyn said...

Uih nak manja sebab jarang jumpa Naz

meowwmania said...

eh sama la ngan si Molly dia pon tgh jln terdengkot tu kena gigit ngan kucin jantan jaat, cian Molly tp kita tak pandai urut kite letak minyak gamat jek

Aidah said...

Nak kena urut jugak ya. Semoga Uih pulih semula ya. Ada jugak yang minat cat bed tu, berbaloi penat Naz.

Naz said...

m4rilyn: dia tu memang ngade..hehe

Meowwmania: patut la kita macam nmpak kaki Molly ada luka

Aidah: selalu mak yg urutkan..berbesar hati dengan sambutan yg menggalakkan

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...