Assalamualaikum wbt
Ada dua kisah yang aku kongsi malam ni.
Kisah 1:
Korang perasan tak ada iklan pampers kat TV, jenama Huggies kalo aku tak silap. Dalam iklan tu si emak beraksi seolah-olah berkungfu. Ceritanya, minggu lepas, abang aku balik kampung sebab nak sambut puasa bersama-sama. Dia ada anak lelaki, umur 6 tahun, Fittriey namanya. Masa malam Sabtu tu, aku baring depan TV, tengok cerita "Perempuan Neraka" dalam slot Cerekarama TV3. Fittriey baring sebelah aku. Masa iklan tu keluar, terjadilah dialog di bawah:
Fittriey: Fuhyoo, mak dia buat karate.
Aku : Mak Fittriey buat macam tu jugak ka ?
Fittriey: Tak, ibu tak buat macam tu.
Aku : Awat ibu tak buat..?
Fittriey: Dia tak boleh buat sebab dia gemuk.
Berderai aku ngan mak ketawa. Bertuah sungguh anak sedara aku. Ibu dia tak dengar sebab ada kat dapur. Kak ipar aku tu takda la gemuk sangat, cuma berisi la sikit berbanding dulu.
Kisah 2:
Agak-agak korang geram tak bila ada kucing yang selalu bunyi minta makan. Kucing-kucing aku memang ada perangai macam tu. Lepas bagi makan, diaekor tido or main. Pastu bunyi minta makan lagi. Kadang-kadang nasi tu dah ada dalam pinggan, tapi saja seronok bunyi. Saja nak aku pegang, gaul nasi tu semula baru nak makan.
Makan biskut diaekor pun sama. Kadang-kadang biskut tu dah ada tapi takda sapa pun nak makan. Bunyi kuat-kuat, kejar bersilang kaki. Bila aku tunjuk kat pinggan, takda sapa pun yang tunduk ke bawah, asyik melangut ke atas buat muka seposen. Biskut yang sama aku masukkan semula dalam balang, goncang sikit, pastu tuang semula. Berebut-rebut makan. Ngada betul.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Long Sarah Meninggal Dunia
Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...
-
Assalamualaikum wbt.. To update my blog, I want to share with all of you about a cartoon series called 'Happy Tree Friends'. Looki...
-
Assalamualaikum wbt ... Hai semua. Entri pertama tahun 2020. Selamat tahun baru ye semua. Perubahan tahun sebenarnya tak banyak yang ber...
-
Assalamualaikum wbt.. Hi..I just finished watching "In Time" movie. The main performers are Justin Timberlake (Will Salas) and A...
3 comments:
hehe kalo uni ada anak mcm 2,,siap la....ku cubit2 pipi dia..hik3..
kucg uni pon ada prangai macam 2..hik3..nama mok..
Akak pun ada anak sedara yang suka buat kelakar macam fitriey tapi kat orang yang terkena lawak tu, tak kelakar pun. Hehehe. Daaaan kucing2 akak pun ngada2 jugak. Macam tu jugak kekdahnya makan. Si Milo pulak kena belai2 lagi sambil makan. Lagi over ngada2.
mengade macam tuannya kot......
Post a Comment