Saturday, July 28, 2012

Olimpik London 2012

Assalamualaikum wbt
Aku tengah tengok majlis pembukaan sukan Olimpik London 2012. Olimpik edisi ke-30 ini diadakan di London, Great Britain.
Sebanyak 205 negara dari serata dunia menyertai edisi kali ini. Dengan lebih dari 10 000 orang atlet. Kejohanan ini akan berlangsung selama 18 hari. Acara pertama akan bermula esok. Namun saingan bola sepak dalam kumpulan telah bermula 2 hari yang lepas.
Sepanjang kejohanan ini, saluran RTM (TV2) akan menjadi pilihan aku untuk tengok siaran langsung acara-acara yang dipertandingkan. Aku memang suka tengok kejohanan sukan, contohnya Piala Dunia, Sukan SEA, Sukan Komanwel.
Perbezaan masa sedikit mengganggu. Untuk tengok siaran langsung, aku kena berjaga la dari pukul 1 pagi hingga ke cerah. Siaran ulangan ada disiarkan di RTM (TV1) pada waktu siang, tapi tak best la, tengok siaran langsung baru bersemangat.
Kontinjen negara pergi dengan harapan untuk memberi saingan dalam acara yang disertai. Adakah mungkin penyertaan kali ini akan menjadi sejarah buat Malaysia meraih pingat emas Olimpik yang pertama ? Sama-sama la kita berdoa untuk kejayaan atlet-atlet kita. Setiap negara menghantar atlet terbaik mereka, begitu juga kita.
Majlis pembukaan telah bermula sejak pukul 3 pagi tadi. Dan baru saja (saat entri ditulis) obor rasmi dinyalakan. Iebih kurang 4 jam berlangsung. Sesuai dengan prestij sebagai kejohanan sukan terbesar dunia.
Selamat berjuang kepada atlet kebangsaan. Pergi membawa harapan emas negara.
Lambang kontroversi Olimpik London

Malaysia Negaraku

Foto: Google Image

2 comments:

Aidah said...

Akak pun tengah layan olimpik jugak ni. Citer lain semua tak tengok dah selama 18 hari ni. Hehehe. Kenapa logo tu kontroversi, naz? Akak tengok macam scribble2 je, rupanya 2012.

Naz said...

Aidah: sekali tengok memang macam 2012, tapi kalo tengok dua kali jadi perkataan "zion"..mcm2 lagi kaitan olimpik dengan zionis laknatullah tu..