Hai semua. Agak lama aku tak update semenjak balik kampung hari tu. Okay, walaupun aku tak update, aku masih pergi melawat blog kawan-kawan yang lain.
Aku nak cerita pasal kucing jantan aku yang sekor ni. Lebaq atau nama manjanya Baq. Hehe.
Masa dalam perjalanan balik dari Terengganu ke Kedah, kami singgah kat rumah abang aku kat Pengkalan Hulu, Perak. Abang aku beli durian. Aku tak reti nak ratah durian semata-mata, kena makan ngan pulut baru reti. Aku bukan la gila durian sangat. Setakat 2,3 ulas je aku mampu.
So, mak aku ambik la 2,3 biji bawa balik rumah. Malam tu mak masak pulut dan kami makan bersama-sama. Pastu datang la mamat ni duduk kat sebelah mak aku. Mak aku bagi la seulas kat dia. Dengan berseleranya dia pun jilat sampai licin.
Pastu aku tengok macam dia ada dok tolak sesuatu dalam mulut dia tu. Aku suruh mak aku tengokkan sebab aku tengah makan lagi. Rupanya-rupanya biji durian lekat kat taring dia. Mak aku tolong korekkan. Haha. Mak aku bagi yang ulas kecik, tu yang muat dengan mulut dia.
Pastu kami pun gelakkan dia. Punya la sedap durian tu sampai biji pun dia nak kunyah. Orang pun tak pernah kunyah tau biji durian tu. Hahaha..advance sangat kucing aku ni. Pastu bagi lagi 2,3 ulas kat dia sambil pesan jangan gigit biji tu, jilat je sudah.
Ni ha contoh kucing yang suka durian.
Kucing korang suka makan durian tak..? hehe..
6 comments:
arwah kucing dulu suka durian, kelapa, agar2, bla bla bla bla...
Kiutnyalah kucing tu mkn durian. Akak dulu ada jugak kucing suka durian ni. La ni kucing2 akak semua perasan mat saleh. Bau durian je lari, kononnn.....
dlm reramai jejebon si Bulat yg suka makan dorian nih hehe..
dasyatnya.. siap biji pun nk mkn.. hihi
baru dapat comment kat ang punya blog... hahah.. bagus2.. memang banyak pun kucing suka durian. tapi padahal depa bukan boleh rasa manis pun..hahah
Puccanis: Kucing ni mmg kadang2 suka makan benda yg bukan makanan diaekor kan..
Aidah: Hehe..tak kena ngan hidung diaekor la tu..
Meowwmania: Bulat boleh la kawan ngn Baq
IntanBerlian: hehe..baru belajar makan durian la katakan..
Akmall: rupa durian tu pun dah cukup untuk attract diaekor..
Post a Comment