Assalamualaikum
wbt…
Hai
semua..dah makan malam ke..? Tengah mood rajin nak update ni. Pastu saja nak
tulis guna tulisan Mountains of Christmas ni. Harap-harap tak menyakitkan mata
sesapa la..hehe
Tadi
tiba-tiba ada feeling nak jadi juru audit kejap. Audit koleksi buku yang aku
kumpul selama ni. Tak sampai tahap nak buka library peribadi lagi. Tapi
angan-angan tu ada.
Buku
dan bahan bacaan yang aku kumpul semuanya ringan-ringan sahaja. Ringan dari
segi berat dan juga pengisiannya. Tapi masih ada mesej dan nilai yang boleh dipelajari.
Nak ngan taknak je.
Apa
yang aku tulis ni adalah berdasarkan pandangan aku. Pandangan orang lain mesti
tak sama ngan aku. Okay, berbalik pada koleksi buku tadi. Aku ada 29 buah dari
45 buah siri Doraemon. Mungkin ada yang nak ketawa, silakan..jangan tahan. Ada
yang kumpul siri doraemon ni masa dia kecik2, tapi aku sekarang baru nak
kumpul. Maklum la, dulu tak jatuh hati lagi. Masa kecik suka tengok kartun kat
TV je. Bab pengajaran nanti aku buat entri lain.
Pastu
aku ada 14 buah buku dari siri Mr. Mystery. Siri ni pasal sekumpulan penyiasat
remaja. Macam buku-buku penyiasatan yang aku baca masa sekolah dulu, contohnya
Hardy Boys, Nancy Drew, buku-buku Enid Blyton, dan macam-macam lagi. Siri Mr.
Mystery ni ada satu cerita untuk satu buku. Pastu ada siri Mr. Midnight. Yang
ni aku baru ada 8 buah je. Mr. Midnight biasanya ada 2 cerita dalam satu buku.
Ceritanya lebih pendek dan simple dari Mr. Mystery. Kedua-dua siri ni ditulis
oleh James Lee. Dia ni based kat Singapore. Aku mula beli siri ni dari harge
RM9.90 sebuah sampai dah jadi RM11.90 sekarang ni. Buku ni level budak-budak
sebenarnya. Tapi aku peduli apa. Bagus baca buku ni sebab dia guna simple
English. So, kalo ada yang nak improve English korang secara santai tak salah
kalo nak baca buku budak-budak pun.
Seterusnya,
aku ada lebih dari 50 buah majalah Ujang. Majalah ni dah lama bertapak di
Malaysia, sejak aku kecik lagi. Dulu abang aku suka kumpul majalah Apo?,
dua-dua majalah ni dikeluarkan oleh satu company yang sama. Tapi bagi aku
kartun dalam majalah Ujang lebih cantik dan lebih lawak dari kartun kat majalah
Apo? Dah sempit almari aku dengan majalah Ujang ni.
Dulu RM 4.50, sekarang dah RM 5.90
Selain
yang aku tulis kat atas tu, aku ada gak beli bahan bacaan lain. Majalah Solusi
pun ada, lebih kurang 10 buah, buku-buku agama dan motivasi. Novel ada 4, 5
buah. Macam aku tulis kat entri sebelum ni, aku lebih suka novel English.
Aku
pun tak tahu dah berapa buah buku aku baca. Dari sekolah rendah sampai
sekarang. Beribu kot. Agaknya la Aku senarai ni yang aku beli. Yang pinjam kat
library tak pernah kira pulak.. Walau pun banyak membaca, Alhamdulillah mata
aku masih elok. Aku takda masalah rabun atau masalah mata yang lain.
Walaupun
aku senarai banyak bahan bacaan yang santai dan ringan, tak bermakna aku tak
baca bahan ilmiah. Kalo tak takda la sampai boleh ambik degree..ye tak..?
Macam
dah panjang entri ni..aku berhenti dulu. Terima kasih kerana singgah baca.
FotoL Google Image
6 comments:
Spjg hdup sy sy hnya mmliki sebuah mjlh ujang, tupun sbb atok tslp beli. Suruh di beli asuh sbnrnya
kita tak gelak sebab ada buku yang d'sebut mmg kita baca.
Nadhirah: heehe..atok nk suruh relaxkan otak baca majalah ujang la tu
m4rilyn: bagus..best kan
komik doraemon tu pun akak ada jugak kumpul dulu tau.. best baca.. hihii
Thanks a lot for your sweet comment in my blog:-)
have a lovely week:-)
Hugs from Pernille
dulu saya suka kumpul komik doraemon dan enid blyton..sampai sekarang ada lagi :)
Post a Comment