Saturday, April 27, 2013

Lari Dalam Hujan

Assalamualaikum wbt

Dah 2,3 hari aku bukak dashboard, pastu tutup, bukak, pastu tutup. Semangat nak update tapi takda isi nak dikongsi. Akhirnya aku ada isi hari ni.

Pagi ni aku telah bersemangat waja menyertai Larian Patriotik Mesra Belia peringkat Parlimen Jerlun, anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.

Awal aku pi. Hehe. Untuk 500 yang terawal dapat baju kaler merah. Aku dapat la selai. Jarak larian adalah 3km, ikut jalan kampung. Acara ni lebih kepada untuk menjaga kesihatan bukan pertandingan. Takda hadiah pun kalau sampai awal atau sampai last sekali. Ramai jugak penyertaan dari budak-budak sekolah. Adik-adik sekolah rendah pun ada.

Nak dijadikan cerita. Cuaca takla seindah ceria mentari. Dalam pukul 8 lebih tu, semua peserta dilepaskan untuk memulakan larian. Baru sempat lari lebih kurang 100 meter, hujan pun turun mencurah-curah ke ladang gandum lagaknya. Habis bertempiaran lari nak cari tempat berlindung.

Yang semangat lari meredah hujan haruslah adik-adik, budak-budak sekolah. Habis basah lencun.

Kami yang dewasa ngan makcik-makcik sporting ni berteduh kat kedai basuh kereta yang kebetulan cuti hari ni. Tunggu kat situ sampai pukul 9 lebih. Tengok ke gaya, hujan ni takkan berhenti dalam masa terdekat. Jadi kami pun patah balik je ke tempat mula tadi.

Sampai sana, pihak penganjur tengah buat cabutan bertuah. Murah rezeki hari ni, aku dapat hadiah sebiji seterika. Alhamdulillah. Kawan aku yang pi sekali dapat pemanas air.


Seterika aku dapat tu bukan la jenama Sharp. Gambar ni contoh je. 

Yang bestnya, hadiah kedua sebuah mesin basuh dan yang pertama sebuah peti sejuk dimenangi oleh budak kecik sekolah rendah. Bertuah adik-adik ni. Berbaloi la depa lari dalam hujan. 

Banyak aktiviti yang dianjurkan hari ni, tapi cuaca agak tidak mengizinkan. 

Sekian.

Foto: Google Image. 

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...