Sunday, April 14, 2013

Tak Pernah Tengok Ke?

Assalamualaikum wbt..

Hai semua, diharapkan semua sihat-sihat belaka. Mukadimah macam nak tulis surat cinta. Haha

Ok, tadi aku tengok berita kat TV9. Selalu tengok berita TV9 sebab dia padat dan pantas. 30 minit je. Dalam banyak-banyak berita tu aku tertarik kat berita pasal ada ular masuk rumah.

Pemberita tu kata seorang penduduk terkejut apabila ada seekor ular sawa di dalam rumahnya. Dia sedar ada ular bila kucing peliharaan beliau mengerumi sebuah meja di dalam rumah.

Dah..apa yang menarik sangat pasal berita ni? Haha..yang menariknya ialah ular tu bukan ular sawa, tapi ular tedung selar. Panjang 4 meter, besar dan sihat.

Sapa la yang buat skrip. Dalam banyak-banyak krew penerbitan tu, takda ke sorang yang perasan ular tu bukan ular sawa. Menyedihkan.

Ce korang tengok..ada iras-iras ke ular sawa ngan ular tedung? selain dari badan diaekor yang panjang, takda kaki tu.

Ni ular tedung selar. Saiz dia memang lebih besar dari ular tedung biasa yang kaler hitam tu. Ular ni ada dua kaler, satu kaler kelabu belang-belang. Satu kaler kuning nak putih macam kat sebelah ni.

Ular ni tergolong dalam kategori ular berbisa.











Ni pulak ular sawa. Macam apa yang korang boleh tengok, ular sawa ni mempunyai kulit bercorak. Ular sawa takda bisa. Tapi dia ada kelebihan untuk menjerut sehingga boleh mematahkan tulang belulang si mangsa.

Kalo nak dibandingkan, ular sawa lebih besar dari ular tedung.






Tu je la aku nak membebel malam-malam hari ni. Sekian.

Foto:Google Image

4 comments:

akmall said...

hahaha.. mungkin dorang tak kenal kot.. besar dan sihat kan ular tu... mana lah dorang nak kenal, ase ular je sama kot..hahaha

Nadhirah Ahmad said...

Aku yg bute ular ni pun blh knl ulr saws. Org tu xpnh g zoo kot. G la ajk die

Naz said...

Akmall: haha..agaknye la

Nadhirah: jom tlg sponsor depa gi zoo

ctpayong said...


بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِ

السلم عليكم ورحمة الله

woahaaa...seghiau tengok gambar ular pepagi. terkezut kejap.

rasanya kew tu takut sampai tersalah lapor.