Wednesday, April 3, 2013

Aku dan Kenangan 8

Assalamualaikum wbt..

Bertemu kembali dalam siri aku dan kenangan. Bunyi macam dokumentari berepisod je.

Tapi kali ni nak kata kenangan sangat tu tak jugak. Lebih kepada cara berfikir masa kecik-kecik dulu.

Korang pernah tengok masjid kan ? Sadis la kalau ada yang tak pernah tengok. Masjid kat Malaysia ni banyak sangat. Paling kurang mesti ada satu kat kawasan rumah korang. Setiap masjid mesti ada dia punya menara kan. Yang tinggi tu. Setengah ada satu menara, setengah lagi ada lebih dari satu menara. Kat menara tu pula selalunya orang pasang pembesar suara.

Dulu, masa aku kecik, waktu dengar azan je mesti aku fikir macam ni. Kesian bilal tu kena panjat menara tinggi-tinggi setiap kali masuk waktu solat.

Aku pikir setiap kali masuk waktu, bilal kena panjat menara tu dan azan dari atas sana. Memang langsung aku tak pikir kat menara tu orang pasang pembesar suara, walaupun nampak pembesar suara tu. Dan suara yang kita dengar tu adalah hasil dari azan yang dilaungkan kat mikrofon dalam masjid.

Kalau la betul macam mana aku pikir tu, mesti orang dah pasang lif kat menara tu. Boleh tahan jugak la kalau nak panjat ikut tangga.

Boleh pikir gitu kan..hahaha



http://nazirah-pieceofmind.blogspot.com/2012/11/aku-dan-kenangan-7.html

Foto: Google Image

1 comment:

UniMeOw said...

eh,,sama la..uni pon pikir camtu!!

ni sume kakak la punya pasal ni...menyebarkan ideologi salah..haha masa kecik orang citer pe sumer caya...hadeh