Sunday, September 15, 2013

Maury Show

Assalamualaikum wbt..

Mula-mula aku memang nak tulis entri ni dalam English. Aku tukar fikiran, aku campur-campur je la.

Aku suka surfing. Terutamanya di youtube. So, malam semalam aku jumpa video pasal satu rancangan bual bicara. Pengacara dia nama Maury, rancangan tu tajuk The Maury Show kalo tak silap.

Sebelum tu aku nak tanya, pernah tak korang tengok filem English yang tunjuk pasal masalah sosial kat negara diaorang? Macam tak je kan? Lain la kat Malaysia, macam-macam ada.

Kesinambungannya, rancangan memaparkan masalah sosial yang ada kat sana. Aku tak pasti korang patut tengok ke tak. Masalah-masalah yang dipaparkan memang berat. Berdenyut kepala aku tengok. Meh aku ringkaskan serba sikit beberapa episod yang aku dah tengok.

1
1 lelaki, 3 perempuan, 6 budak...kisahnya, perempuan pertama ada 3 orang anak, perempuan kedua ada 2 orang anak, perempuan ketiga ada 1 anak. Lelaki ni dah berkahwin secara sah ngan perempuan pertama. Kemudian dia curang ngan perempuan kedua. Kemudian yang terbaru dia berkasihan-kasihan dengan perempuan ketiga. Masalahnya, dia tak mengaku dia adalah ayah kepada 6 orang budak tadi.

Rancangan Maury ni ada menyediakan khidmat ujian pengesan pembohongan. Ujian poligraf. Dan juga perkhidmatan ujian DNA bagi kes-kes macam ni la. Tak tau anak sapa. Hasil ujian tu, dia adalah ayah kepada anak perempuan pertama dan kedua. Daripada 6 budak, 5 adalah anak dia.

Sebelum ujian tu dimaklumkan, korang boleh bayangkan kot suasana macam mana. Kesemua depa duduk kat satu pentas yang sama. Ada la maki-maki, sumpah seranah bagai. Sampai ada yang ditapis jadi ...tutt..gitu. Bila dah terbukti 5 orang tu anak dia, tau pulak dia tunduk diam je. Tapi dia kata dia tetap akan bersama ngan perempuan ketiga tu, sebab katanya perempuan tu lebih percayakan dia.

2
Seorang anak lelaki buat laporan kat rancangan tu, kononnya ayah dia telah mengandungkan 2 kakak/adik angkat keluarga tu. Dia sorang-sorang kena kutuk, maki semua. Lepas ujian DNA dan ujian bohong tu, ternyata ayah dia tak bersalah. Tapi ayah dia kantoi sebab tak lepas satu soalan masa ujian bohong tu. Ayah dia ada hubungan ngan perempuan lain. Lelaki yang buat laporan tu kena kutuk la sebab malukan keluarga depan orang ramai.

3
Seorang perempuan sedang dalam misi untuk mencari siapa ayah kepada anak dia. Sebab dia dah tido ngan ramai-ramai-ramai lelaki. Setiap episod ada la sorang lelaki akan datang buat ujian DNA. Dalam episod yang aku tengok tu, lelaki yang datang tu adalah yang keenam buat ujian DNA. Bayangkan je la reaksi perempuan tu bila dia masih gagal cari ayah kepada anak dia.

Nak tau lagi korang tengok sendiri la ye. Apa yang aku boleh simpulkan, kebanyakan masalah ada kaitan dengan kecurangan dan seks. Tak kira lagi budak umur belasan tahun dah tido ngan ratus-ratus lelaki. Pastu dengan yakin dan tekad nak ada anak sendiri. Nak mengandung. Diri sendiri pun tak terjaga, nak ada anak lagi.

Bersyukur dan minta dijauhkan benda-benda macam ni dari kita, keluarga kita, sahabat handai, kawan-kawan dan kenalan.

Malas lak aku nak tempek gambar.



No comments:

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...