Salam sejahtera semua.
Hari ni nak share sikit insiden yang berlaku pagi tadi. Just sebagai halwa fikiran.
Ceritanya berlaku masa waktu rehat tengah hari tadi. Aku dengan 2 orang budak praktikal yang lain turun makan kat kedai makan depan pejabat. Kami pergi ambik makanan kat sebuah kedai ni, bagi nama Kedai A. Nak dijadikan cerita, air tak ada untuk kami basuh tangan. Survey punya survey, nampak la satu jag air kat kedai sebelah, Kedai B. Kami pun pergi la basuh tangan kat situ.
Lepas kami basuh tangan dan duduk kat meja makan, nampak la makcik dari Kedai B ni keluar dan ambil jag air tu, simpan kat dalam. Menggeleng kepala kami bertiga tadi. Hanya kerana kami beli makanan kat kedai lain, jadi kami tak boleh la nak guna air dia. Walaupun air dalam jag tu sebenarnya hanya air hujan yang ditadah.
Kenapa la nak berkira sangat. Bila dah tengok gaya macam tu, mula la jahat buat assumption, "patut la orang tak ramai pergi kedai dia". Pelik jugak kadang-kadang tengok ragam orang ni. Takut nak buat baik dengan jiran tetangga.
Janganlah kita ni berkira sangat dengan orang lain. Kalau kita tolong orang, insyaAllah nanti orang tolong kita pula. A piece of advice.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Long Sarah Meninggal Dunia
Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...
-
Assalamualaikum wbt.. To update my blog, I want to share with all of you about a cartoon series called 'Happy Tree Friends'. Looki...
-
Assalamualaikum wbt ... Hai semua. Entri pertama tahun 2020. Selamat tahun baru ye semua. Perubahan tahun sebenarnya tak banyak yang ber...
-
Assalamualaikum wbt.. Hi..I just finished watching "In Time" movie. The main performers are Justin Timberlake (Will Salas) and A...
No comments:
Post a Comment