Sunday, June 26, 2011

Terkilan

Assalamualaikum wbt semua..

Ada sedikit persoalan yang bermain di fikiran ketika aku meronda-ronda di facebook beberapa hari lepas. Saja ronda tengok album kawan-kawan, senior-senior dan kenalan-kenalan.Bukan la nak menyibuk, tapi kalau diorang dah upload album, mesti la tujuannya untuk di'share' dengan orang lain kan.

Aku rasa agak sedih dan terkilan bila tengok ada orang yang aku kenal dulu bertudung, tapi sekarang dah tak ada tudungnya. Ntah la sapa yang curi tudung dia.

Kenapa masa sekolah dulu boleh bertudung hari-hari. Tapi bila dah abih sekolah, ada yang sambung belajar kat kolej, ada yang dah kerja, tudung pun hilang. Sepatutnya semakin hari semakin kita berubah menjadi lebih baik, bukan sebaliknya. Jauh sekali niat nak bangga diri. Masih sedar diri ini juga masih belajar untuk menjadi manusia yang baik.

Bukan lah mereka ni tak bertudung langsung. Cuma tudung tu diselang seli apabila bergaya. Dalam banyak gambar bertudung tu ada la sekeping dua yang 'expose' rambut. So, macam mana. Dalam satu album, jap tutup jap bukak. Macam 'no point' lak dia pakai tudung.

Mungkin masing-masing ada sebab kenapa gambar-gambar itu di'upload'. Tapi seeloknya, simpan lah untuk koleksi peribadi sahaja. Kat facebook tu semua orang boleh tengok, kita tak tahu apa tanggapan orang bila tengok gambar kita.

Sayang la, bila dikurniakan kecantikan, tapi kecantikan tu dipamerkan dengan cara yang tidak sepatutnya. Lebih cantik bila kita berusaha memelihara kecantikan yang ada dari pandangan mata insan-insan yang tiada sebarang hak untuk menikmati kecantikan tersebut. 

Sekadar berkongsi 'point of view'.

No comments:

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...