Saturday, June 11, 2011

Berusahalah

   Terdapat satu kisah mengenai seekor kambing dan telaga buta. Kisah ini memberi iktibar dan pengajaran, seperti firman Allah S.W.T. dalam surah al-Insyirah 94: 5-6, yang bermaksud: "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan".

   Kisahnya begini, ada seekor kambing yang terjatuh ke dalam sebuah perigi buta. Kambing tersebut mengembek sehingga menarik perhatian orang yang lalu lalang. Orang ramai pun berfikir bagaimana ingin membantu mengeluarkan kambing tersebut dari dalam perigi  buta. Perbincangan mengambil masa berhari-hari, namun tiada ditemui cara yang sesuai. Akhirnya mereka sepakat untuk mengambus perigi tersebut kerana kambing itu tidak dapat diselamatkan lagi, dan bagi mengelak bau busuk bangkai kambing itu kelak.

     Penduduk kampung pun bergotong-royong menimbus perigi buta itu. Nasib si kambing seperti jatuh ditimpa tangga. Bukan setakat jatuh dalam perigi buta, malah ingin dikambus hidup-hidup pula. Pasti akan tamat riwayat si kambing itu.




    Namun kambing itu tidak berputus asa. Setiap kali tanah dituang ke dalam perigi, kambing tersebut akan menggoyangkan badannya bagi menyingkirkan tanah dari terkumpul di atas badannya. Penat tidak makan dan minum berhari-hari tidak lagi dipedulikannya. Makin lama makin tinggi timbunan tanah dan makin cerah harapan si kambing untuk keluar dari perigi buta itu. Akhirnya si kambing terselamat dan melompat keluar dengan girang.

Begitulah pengajaran yang boleh kita renungkan bersama. Sesuai dengan firman Allah di atas, setiap kesulitan yang kita hadapi pada masa ini, pasti ada kemudahan yang menanti. Allah tidak membebankan hamba-Nya melebihi apa yang mampu ditanggung. Janganlah kita berputus asa dalam berusaha untuk meraih segala cita-cita dan impian. Tiada yang mustahil dengan izin-Nya.

[Solusi isu 32]

No comments:

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...