Monday, August 15, 2011

Hari Last

Assalamualaikum wbt semua...

   Hari ni merupakan hari terakhir aku menjalani latihan industri (LI) di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Aku dah jadi family sementara LADA selama 14 minggu. Sepanjang LI ni, macam-macam benda aku belajar dan banyak pengalaman aku kutip secara langsung dan tidak langsung. So, entry ni dibuat untuk share sikit detik-detik aku sebagai budak praktikal.

   Aku lapor diri pada 15 Mei 2011 dan telah ditempatkan di bahagian pelancongan. Masa tu depa dok tingkat 7. Dalam first few weeks aku tak banyak cakap [aku memang species tak banyak cakap], aku dok diam je kat meja yang depa sediakan. Bila staff minta tolong aku tolong la.

   Dekat-dekat nak cukup sebulan aku dok citu, dapat tau bahagian pelancongan kena pindah turun tingkat 5. Sebab apa aku kurang pasti. So, bersama-sama staff lain, kami pun angkut la segala barang dan harta pelancongan ke tingkat 5. Dalam sehari tu aku tak tau berapa kali turun naik lif. Sampai kadang-kadang aku rasa macam berada di awang-awangan.

   Bila turun tingkat 5, bahagian pelancongan telah dipecahkan kepada 2 bahagian yang berasingan: Bahagian Promosi dan Pengurusan Acara (AP) manakala satu lagi Bahagian Pembangunan Pelancongan (PEL). Bahagian AP diketuai oleh En. Azmil Munif sebagai Ketua Penolong Pengurus dan bahagian PEL diterajui oleh Cik Puan Rosnina sebagai Pengurus Pelancongan.

   Walaupun telah dipecahkan, aku masih lagi berkhidmat untuk kedua-dua bahagian. Aku tak kisah pun. Cuma meja aku depa letak kat bahagian AP. Time aku free aku pegi jugak jalan ke bahagian PEL, sebelah menyebelah je pun.

   Elok je dah setel kemas opis yang baru ni, ada 2 orang budak LI baru masuk ke bahagian pelancongan. Aku ada la kawan. Kalau tak, aku dok sorang je. Nak menyembang dengan staff lain rasa macam segan lak. Lepas 2 orang budak laki tu masuk, kami diberi tanggungjawap untuk handle jemputan bagi majlis makan malam pelancongan, atau bahasa yang sedap sikit, Tourism Night/Gathering .

   Kami memerlukan masa lebih kurang sebulan. Bermula dari menyediakan list jemputan, sedia kad jemputan, hantar dan follow up. Follow up ni penting. Mula-mula call sebab nak pastikan diorang terima kad jemputan yang dihantar. Pastu call sekali lagi untuk tanya kehadiran lak. Kami ada lebih kurang 350 jemputan. Semua kena follow up. Jemputan terdiri daripada jabatan kerajaan, hotel-hotel, agen pelancongan dan juga restoran.

   Tiap-tiap hari bertiga bergilir-gilir tekap telefon kat telinga. Macam-macam ragam dan karenah yang kami jumpa masa ngah follow up tu. Akhirnya kami berjaya mendapatkan confirmation kehadiran seramai 230 orang. Hari yang ditunggu 9hb Julai, dekat Berjaya Resort, Langkawi.

   Lepas dinner, kami rilex sikit. Buat keje-keje opis je. Tolong kemas-kemas, hias-hias. Ada jugak keje serius, kena buat surat, fax dan fotostat. Ada keje yang nampak simple, tapi banyak bagi kita pengalaman. Aku tak menyesal la pilih LADA. Pastu ada budak LI baru masuk, sorang je.

Pastu kitaorang ada Festival Padi Antarabangsa pulak. Berhari-hari jugak la kami berkampung kat Laman Padi tu. Kutip pengalaman lagi.

Best dok bahagian pelancongan ni adalah bila ada pegawai yang keluar pegi buat promosi kat mana-mana (luar negara). Nanti bila balik, kami dapat la buah tangan. Hehe.

Dalam minggu-minggu last ni, aku spend masa ngan staff lain untuk menghias opis. Maklum la nak raya katakan. Kami pasang lampu 'lip lap lip lap' satu opis. Meriah. Pastu gantung ketupat dan bendera. Merdeka pun sambut jugak.

   Ngan budak LI yang lain dah macam kawan lama. Ke mana saja bersama. Tambah lak sorang tu family dia buat kereta sewa, ke mana nak pi pun guna kereta dia la. Isi minyak je. Tu la sedikit sebanyak cerita aku. Aku ucapkan terima kasih la kat semua staff kedua-dua bahagian sebab memberi kerjasama sepanjang aku praktikal kat sana.

Nak senarai nama semua staff kat bahagian pelancongan: Cik Pn. Rosnina, En. Shamsudin, Cik Hadis, Jiddin, Kak Mar, K. Noriza, Aishah, En. Azmil, K. Neeza, Tinie, K. Jem, Ameer, Abg. Zam, En. Azman, Usop, K. Yan, K. Su, Cik Lina, En. Mizi.

Budak-budak praktikal yang dok berkepit sentiasa adalah Din, Fadzli, Nazuha dan Syikin [dan aku la sebelum ni].


                    
                    
        

Walaupun aku dah tak duduk Langkawi lepas ni, still boleh contact ngan depa semua melalui facebook.
Semoga bertemu lagi. Good bye Langkawi.

No comments:

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...