Rajin pulak aku blogwalking time sahur arini. Hehe. Pastu aku jumpa segmen ni, terbuka ati lak nak join. Haha. Kalau korang nak join jugak sila ke blog penganjur.
Nama aku Naz, umur 23 tahun, baju raya tak sure kaler apa sebab di'sponsor'. Dengar2 mcm kaler biru kot.
Pengalaman Ramadhan: Aku orang utara yang tengah sambung belajar di pantai timur. So, biasanya awal Ramadhan sambut kat kampus je. 2,3 hari lagi nak raya baru boleh balik berpuasa ngan family. Tahun ni pun awal puasa di perantauan sebab praktikal. Berpuasa kat tempat orang, aku tak kisah sangat, bedal je apa yang ada. Tapi bila balik rumah, demand la sikit.
Antara kuih kegemaran aku adalah pulut dakap (pisang bungkus ngan pulut pastu balut ngan daun pisang, then lengat/kukus). Tak tau la korang panggil apa kuih tu. Aku nak suruh mak aku buat sebenarnya, tapi aku tak cakap direct. Aku saja 'complain' kuih pulut dakap yang aku beli kat kedai. Aku kata tak sedap la, pulut banyak sangat la, keras la, dan macam-macam lagi ayat tak puas hati.
Mak aku jawap, "Besa la, depa buat nak berniaga ja". Pastu esok nye, aku nampak mak aku pegi cari daun pisang dan masak pulut. Ternyata mak aku paham maksud tersirat aku. Hahaha. Bestnye boleh makan pulut dakap air tangan mak aku. Kelas la mak aku.
Ni la rupa pulut dakap
Yang aku citer ni pengalaman or kenangan ea? Gasak la, aku nak share jugak.Hahahaha..
Tarikh tutup segmen ni 28 Ogos 2011 (tarikh ni tak statik).
[foto: Google Image]
Just a piece of memory
2 comments:
first of all ,. thanx coz join ^^
lepas nie rajin rajin yer komen entry zana ,. zana akan balas balek =)
lm doh tk make pulut ni...hihi
Post a Comment