Sunday, February 19, 2012

Cuti- cuti Kuala Lumpur

Assalamualaikum wbt

Baru ada mood nak tulis citer pasal aku pi KL tempoh hari. Aku pi ngan anak sedara aku, dia la yang nak pi sangat, aku tolong teman ja. Bertolak pada malam 8hb dengan kos tiket disponsor oleh sepupu aku ( mak anak sedara aku).

Kami turun kat Hentian Duta. Sementara tunggu kak aku mai ambik, kami lepak dan sembang-sembang kat medan selera yang baru 2,3 gerai ja buka, sebab awal pagi lagi. Sambil-sambil tu dengar sekor burung ni nyanyi pagi-pagi hari. Tak tau species apa.

Kak aku datang ambik, pastu terus balik rumah. Kami tidur sampai puas, kak aku dua-dua dah pegi keje. Bangun, terus makan tengah hari..nak pegi jalan-jalan, tapi tak tau nak ke mana. Mesej ngan kak aku, dia suggest pi area Bukit Bintang.

Setelah diberi petua-petua yang sepatutnya, kami pun bergerak. Ni kali kedua aku nak LRT, anak sedara aku pulak first time. Masa aku naik dulu beli tiket kat kaunter, guna tiket masa tu. Tengok-tengok sekarang semua guna mesin..adehh..tapi kami belagak cool ja..walaupun tak tau nak guna. Hehe..cara nak belajar tanpa bertanya adalah..beratur macam nak beli tiket, sambil intai orang kat depan tu guna macam mana..hahaha..misi berjaya. Naik LRT dari stesen Universiti ke stesen KL Sentral.

Sampai situ ada kawan dia join, jadi bertiga la. Dari situ nak ke Bukit Bintang kena naik monorail..kali ni ketiga-tiga tak pernah naik. Kena berjalan sikit dari KL Sentral nak ke stesen monorail tu, aku tau jalan sebab aku penah pegi bank area situ, jadi tak la jakun sangat. Area KL Sentral tengah busy dengan construction. Nak buat apa lagi aku tak tau.

Monorail lebih kecik ye berbanding LRT, tengah tunggu benda tu bergerak, ada la pasangan ni tanya betul ka naik monorail ni kalau nak pergi Bukit Bintang..budget macam kami tau je kan..haha..memandangkan destinasi kami sama, so kami jawap yes je la.

Sampai kat Bukit Bintang, kami pun berjalan-jalan. Anak sedara aku teringin nak pi Pavilion, masuk pusing-pusing, ambik gambar dalam PV tu pastu keluar, ambik gambar lagi dengan bear-bear yang banyak disusun kat luar tu. Pastu nak pegi Low Yat lak, tak tau jalan..talian hayat yang dihubungi tak begitu membantu. Tapi jangan risau..aku pergi tanya jalan kat pondok polis yang ada kat area tu. Hehe..ramai polis kat area tu. Pergi Low Yat bukan buat apa pun, jalan, tengok-tengok ja.

Situ area shopping centre ja. Pusing kiri, kanan, depan belakang semua tempat membeli. Motif kami nak pi tengok tempat tu ja, so takda barang yang dibeli. Kalau nak beli pun tak mampu. Boring jalan, kami pegi makan Tutti Fruitty kat Times Square. Pastu balik rumah.

Hari kedua, lepas lunch baru kami keluar. Setelah mencipta resepi ntahhapahapa. Kebas ja apa yang ada dalam fridge tu, masak, makan. Janji kenyang. Kali ni kami pi area Wangsa lak. Kawan anak sedara aku yang join kami kemarin tu tinggal area tu, pastu dia offer jadi guide. Gi makan ais krim kat McD Jusco mana ntah. Pastu pegi Wangsa Walk, nak main bowling konon, orang ramai sangat. Last-last turun bawah, pegi bergambar. Haha.

Sebenarnya aku tak tau punWangsa tu dah dekat ngan Zoo, kalau tau confirm la keluar awal sikit. Lain kali aku pegi lagi. Petang balik rumah, lambat nanti kak aku tak leh masuk rumah pulak sebab kami bawa kunci.

Hari ketiga, hari sabtu, kaklang aku tak kerja, pagi-pagi dia bawa pi naik bukit. Ada kakak yang memang gila memanjat bukit dan gunung, so kami pun dibawa bersama. Naik Bukit Gasing, dekat ja ngan rumah dia. Bukit tu tak tinggi, tapi track dia meredah hutan, pusing-pusing, turun naik. Patu abih mendaki, kami pegi makan cendol. Balik rumah rehat yang melampau-lampau.

Lepas Asar, keluar pergi Banting, Selangor.Kak bawa pergi kedai sate kawan dia, kaki gunung gak la. Makan sate rusa, arnab, perut, makan nasi lemak kerang, soto, bakso. Ketat perut.

Hari keempat pegi Mid Valley sebab mak aku pesan suruh beli kasut..tapi takda stock, kasut selipar je pun. Pusing-pusing, kami masuk Pets Wonderland. Tengok kucing kat situ, takda la comel dan gemuk sangat pun, tapi harga dia RM999. Pergg..kalo letak kucing aku yang kembang semangkuk kat situ confirm sold out punya lah. Hahaha..sanggup ka aku jual..aku beli tikus mainan 2 ekor, souvenir kat kucing aku.

Jalan-jalan lagi, masuk The Garden kejap sebab kak aku nak pergi Maxis Centre. Pastu turun balik, kak aku belanja Big Apple, pastu balik rumah. Aku kebulur sebab pagi breakfast mee goreng, aku kurang sikit ngan benda-benda gitu..terus gi masak nasi. Orang kampung beb, kena makan nasi.

Malam tu kami dah bertolak balik sekali ngan kak aku yang sorang lagi. Tiket balik disponsor oleh kaklang aku. Haha.

12 comments:

Aidah said...

Seronok kan jalan2 sekitar KL kalau bercuti. Kalau keje memang stress je gamaknya. Yang paling best Naz tak lupa beli present utk kucing. Sama macam akak. Kalau pi shopping mesti belikan utk 2 ekor kat rumah. Hehehe.

Akmall Razlan said...

Best la jalan. aku pun pergi KL gak ritu.. hihu~ tapi sehari je la.. takde la lama cm mu.. hahahah

GtHans said...

gambo mana? nak tgk gambo..ehehe

Naz said...

saje ja nak bagi diaekor mainan cantik sikit..selalu main daun kering, katak ngan batu je

Naz said...

lama tak pegi, kena la dok lama-lama sikit

Naz said...

gambar kat kamera orang la kakak..hehe..kita posing ja

IntaNBerliaN said...

Wah seronok sakan dia g kl yer..hihi

akak pun cam naz gak.. naik lrt zaman beli tiket dkt kaunter dulu.hheheh

tachi n poncho said...

wuwuwuw..anty naz jenjalan kl x bw kitorang wuwuwu T______T

Naz said...

sesekali pergi ambik angin kak

Naz said...

bukan taknak bawa, kamu berdua tu cun sgt..takut kena catnap lak nnt..

hud aikara said...

haa...kat wangsa walk tu dah dekat dah ngan umah saya...hehehe

Naz said...

laa..kalo tau blh gi kidnap Leo ngan Kuya...hehe

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...