Masa aku tulis sinopsis citer "In Time" sebelum ni, aku ada janji nak tulis pendapat dan pandangan aku pasal citer tu.
Dah berjanji kena la tunaikan, walaupun lambat. Maaf la kalau ada yang
tertunggu-tunggu, tu pun kalau ada la. Sebelum korang baca review ni, pastikan korang baca dulu Sinopsis nya.
Review ni ditulis
berdasarkan pandangan aku semata-mata, di samping bantuan pengetahuan agama
yang tidak seberapa. Bukan nak bersyarah atau menjatuhkan hukum. Sekadar
berkongsi.
Dalam citer ni,
manusia tahu jangkat hayat diaorang sebab ada jam digital kat tangan. So,
diorang hidup berdasarkan waktu yang ada. Lebih mudah untuk merancang sebab dah
tahu bila nak mati, berapa jam lagi tinggal untuk bernafas. Lepas tu boleh “top
up” bila rasa nak hidup lama. Dalam kata lain, manusia boleh control hidup
diaorang sepenuhnya. Dalam citer ni juga memang tidak dinyatakan atau
digambarkan sebarang pegangan agama. Segalanya berkaitan dengan masa yang
tertera kat lengan kiri.
Jadi aku nak ulas
sikit dan kaitkan citer ni dengan kita manusia biasa, hidup di dunia reality dan
mempunyai pegangan agama (Islam).
Sekiranya anda
diberi pilihan, yang mana yang akan anda pilih dalam melayari hidup sebagai
hamba-Nya. Sama ada diberitahu bila kita akan mati atau saat kematian kita
dirahsiakan ?
Fitrah sebagai hamba-Nya,
kita telah dirahsiakan dari mengetahui penamat sementara hidup ini, iaitu
kematian, sebelum menempuh kehidupan kekal sesudah kiamat. Apa relevannya saat
kematian dirahsiakan ? Bukankah lebih mudah jika kita tahu bila kita akan mati
? Dekat-dekat nak mati tu boleh kita bertaubat, beramal, dan beribadat
banyak-banyak..kan,kan. Tapi bila kita tak tahu..macam mana ?
Ingatlah, tiada
satu pun perkara yang dicipta oleh Allah adalah sia-sia. Setiap kejadian ada
rahsia dan hikmahnya. Umur dan saat kematian kita dirahsiakan kerana yang Maha
Esa mahu menguji keimanan kita. Firman-Nya dalam surah Adz-Dzariyat, ayat 56 “Dan
(ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu”. Jelas umur kita dirahsiakan sebab Allah nak
tengok ibadat kita macam mana. Bila kita tak tahu nak mati bila, kita makin
rajin beramal dan sentiasa berwaspada atau kita lupa dan lalai dengan kehidupan
dunia ?
Cerita “InTime”
ini hanyalah rekaan sahaja. Namun kita masih boleh ambil iktibar dan pengajaran
darinya. Andai kita tahu masa kita hampir habis, mesti kita risau dan tidak
tenang. Kita mencari-cari jalan untuk melambatkan kematian kita. Kita risau apa
yang akan terjadi pada orang yang kita sayang. Kita risau akan harta yang kita
bersusah payah kumpul.
Dengan nikmat
islam dan iman, insyaAllah, sama ada kita tahu atau tidak saat kematian yang bakal
datang, kita tetap beribadah dan sentiasa mengingati-Nya.
Setelah di"preview", nampak macam dah panjang entri ni, so point seterusnya akan disambung pada entri yang akan datang.
Foto: Google Image
6 comments:
wahhh... best2 baca review ni..
cter ni rekaan je,,tp betul2 wat kta b'pk kan...;D
x tau psl citer nie tp nk cr....cam menarik, ader sumber motivasi...
cite ni mcm best..
kalu akak, akak xnk tahu bile kita akn pergi utk selama2nya...
amboi...dah macam pengulas pilem profesional gayanya
hikhik...bagus bagus!
Akmal: Mekasih
Unimeow: Menganalisis..
Ayuni: Cari2..ngan sy pun ada
IntanBerlian: Kita dah dididik begitu
Meowwmania: Mekasih..hehe
Post a Comment