Wednesday, May 30, 2012

Terakhir

Assalamualaikum wbt..

Kelmarin adalah hari terakhir kelas untuk sem ni. Takkan ada lagi kelas dah lepas ni. Minggu depan adalah minggu ulangkaji. Aku mula final pada 12hb Jun sampai 18hb. Lepas tu kemas barang dan balik kampung.

Minggu-minggu terakhir setiap semester ni la masanya nak lepak ngan kawan-kawan. Nak pulak budak tahun akhir. Banyakkan luang masa bersama kawan, sebab lepas ni masing-masing balik negeri sendiri. Nak jumpa pun mungkin masa konvokesyen nanti.

Tapi tu la. Kita manusia hanya mampu merancang. Petang kelmarin dapat berita junior accident. Seorang daripada empat yang terlibat tu meninggal dunia. Junior semester 4. Kereta kancil yang diaorang naik dirempuh lori. Jenazah dah dihantar pulang ke kampungnya di Johor semalam.

Mungkin tak rapat, tapi bila nama dia disebut, aku boleh bayang muka dia. Yang lain masih ada di hospital. Ada keluar dalam surat khabar Metro hari ni. Bahagian berita setempat, muka surat 27 A. Bagi rakan sekelas dia, kejadian dan kehilangan ni akan jadi satu kenangan sedih sepanjang diorang belajar sama-sama.

Batch aku pun pernah kehilangan seorang kawan masa semester 4 dulu. Juga terlibat dalam kemalangan.

Sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah junior dan juga arwah kawan sekelas dulu.

7 comments:

akmall said...

Al-Fatihah. Amin.

dengar kata konvo bulan 11...November..huhuhu..2012..

UniMeOw said...

innalillah...

alFatihah..

IntaNBerliaN said...

al fatihah utk arwah..

study baik2 yer,... dh nak exam tu :-)

meowwmania said...

smoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman, amin..

Al-Fatihah

SumeSakan said...

al-fatihah...sama2 kita sedekahkan untuk arwah...

untuk exam awak..gud luck ye t...

Pernille said...

Thanks for your sweet comment in my blog:-)
Have a nice saturday:-)

Pernille xxx

Aidah said...

Al Fatihah untuk arwah. Akak pun pernah kehilangan sahabat masa akak form 5. Sedih sangat bila mengiringi jenazah balik kampung halaman dari sekolah kami di johor.

Semoga Naz lulus dgn cemerlang ya. Good luck, dik.