Jangan salah paham dengan tajuk entri tu ye. Bukan tipon mak yang kedua, mak aku ada satu je. Tajuk tu maksudnye entry kedua dengan tajuk yang sama. Ni yang first dulu, "Tipon Mak".
Okay, seperti biasa, bila tipon mak kat kampung nuu, aku akan di"kemas kini" dengan hal ehwal semasa yang berlaku kat kampung tu. Hehe.
Abih cerita pasal kampung, wajiblah aku bertanya pasal budak-budak oren, berbulu, dan berkaki empat. Mak bagitau, Baq ngan Uih macam besa ja, berlari berkejaran sokmo. Pastu baru-baru ni Baq kena tokak (gigit) kat kaki, macam Uih jugak. Mak suspek penjenayah yang sama yang gigit Uih dulu. Ada jugak yang nak kena lastik ni. Mak dah sapu ubat. InsyaAllah sembuh. Uih masih dengan perangai ngada dia takmau makan nasi. Makan semulut dua pastu dia blah. Harap makan dryfood je sikit-sikit.
Makcik dengan jayanya mengekalkan kesuburan beliau. Tengah tunggu hari je nak tambah warga baru kat rumah. Selagi tak bawa pegi spay, selagi itu la dia beranak. Entah kali yang keberapa dah. Sabar ye Makcik, tunggu aku ada lesen keta jap.
Budak-budak kecik yang aku tak sempat bagi nama tu dah makin besar. 2 ekor je survived. Membesar tanpa kawalan di bawah jagaan mak. Entah dapat dari mana perangai "elok" pun aku tak tau. Adakah sejarah lama akan berulang. Abih anak ayam mak aku kena buli, dikejar, dilambung dan dimakan. Hadoii. Macam dah takda mainan lain.
dah cukup umur..dah cukup tinggi..hehehe
Oleh kerana risaukan anak itik yang baru menetas akan menerima nasib yang sama, mak dengan kuasa veto telah memberi arahan kepada kak long aku. "Ang bawak budak-budak ni balik Jitra". Hahaha. Maka budak 2 ekor tu dah selamat dieksport ke Jitra. Dah jadi kucing pekan dah. Kak long aku letak kat belakang rumah dia, bagi makan dan biar diaekor berkawan ngan stray cat yang lain.
Macam tu la kisahnya. Mak sayang budak-budak tu, tapi kerana perangai yang suka menggangu ketenteraman ayam dan itik tu la yang tak tahan. Kalau aku ada di rumah, boleh dengar kot budak-budak tu kena marah dan berleter. Haha..padan muka..buas sangat.
Banyaknye..rambang mata ni
Bila update blog, cepat je menaip, mata pun segar. Time nak siapkan research study macam-macam alasan ada.
Foto: Google image
11 comments:
ni la update ang tu>? wahahaa.. sama la.. aku pun lau nak update research kemain susah. tapi lau update blog.. 3-4 entries sehari tu macam biasa je...hahaha
Akmall: aku tulis bukan main banyak, ayat last tu jugak mu komen..hahaha..
Kena buang daerah ya. Hahaha. Tak pe lah. Itu dinamakan berhijrah membawa bahagia.
tu la nakal sgt hehe
Aidah: tu la kak..dah naik pangkat jd kucing taman perumahan
Eera Shera: kucing memang xleh nak stop kenakalan diaekor.
hehe...tu ler nakal kan da kena pindah
tp takpe lah..janji mereka terbela dan sihat ;)
Meowwmania: Budak-budak kecik gitu la..
naaz: biasalah la.. yang nota kaki tu menceritkan segalanya.. hahahah
hahhah dah xpasal2 kne dgr berleter..hihii
Tuh la nskal sangat kat dah kens pos daerah lain...hehehe...comrl je buat anak aysm n itik jd mainan...hehehe
IntanBerlian: jadi wakil tolong translate..hehe
Sume Sakan: nakal sampai takleh tumpang..
Post a Comment