Wednesday, May 1, 2013

Bola Telur

Assalamualaikum wbt

Korang penah dengar tak atau tahu pasal bola telur ?

Apa yang aku nak sampaikan adalah kisah telur yang dijadikan bola oleh kucing aku.

Kat rumah ni ada tiga ekor anak kucing. Hari ni genap umur diaekor 4 bulan. Nama diaekor adalah Putih, Apong dan Nyet. Pagi tadi lebih kurang pukul 9, aku ngan mak duduk kat depan TV sambil sarapan. Pastu dengar la bunyi sesuatu kat dapur.

Mak suruh aku pegi jenguk. Kat dapur ada sebakul telur. Mak letak kat lantai je sebab dia suka buat keje sambil bersila.

Ni contoh je

Dalam bakul tu ada la 6, 7 biji telur. Bila aku jenguk, rasa nak gelak pun ada. Aku cepat-cepat suruh mak mai tengok sendiri.

Telur-telur dalam bakul tu dah berselerak kat lantai dengan 2 ekor si kecik tu tengah main-main. Diaekor ingat tu bola agaknya. Mujur takda yang pecah, cuma retak sikit je.

Terus mak aku membebel sambil tangkap Apong dan Nyet. Dia peluk-peluk geram diaekor tu. Dia marah-marah sayang sebab diaekor terlebih pandai.

Setiap masa ada je keje diaekor yang tak senonoh. Saja je nak bagi mak aku berleter. 


Foto: Google Image 



2 comments:

akmall said...

anak kucing tu ingt telur tu bola kot.. sbb bulat kan..

UniMeOw said...

goku & the geng pon ska maen telur gak waktu kecik2 lu..
wat bola..
tp uni letak telur 2 atas meja..so mmg pecah la..huhu

dah pecah,,dyekor p makan pulak..!!!telur mentah..eiiii